Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

LAPORAN INTERNATIONAL YOUTH CONFERENCE 2011

Jumaat, 4 Mac 2011


LAPORAN RINGKAS INTERNATIONAL YOUTH CONFERENCE 2011

Pada 20-25 Februari 2011, Kelab UMNO Yogyakarta telah mewakili Malaysia untuk mengikuti Persidangan Pemuda Antarabangsa 2011 Tentang Kepedulian Terhadap Perubahan Iklim di Yogyakarta (International Youth Conference Indonesia 2011 on Awareness of Climate Change).

Persidangan ini disertai oleh 144 orang peserta daripada 33 negara. Malaysia diwakili oleh 2 orang, saudara Imran Azwan bin Azizan dari Kelab UMNO Yogyakarta dan Saudara Nicholas Fong daripada WWF Malaysia.

Acara dibuka oleh Rektor Universitas Gadjah Mada, Prof. Ir. Sudjarwadi dan dirasmikan oleh Timbalan Gabenor Yogyakarta, Paku Alam IX. Monique Coleman, Duta PBB untuk Pemuda, turut memberikan kata-kata aluan, didampingi oleh Miss Earth Indonesia. Acara turut dihadiri oleh beberapa environmentalis daripada pelbagai negara di pelusuk dunia yang memberi ceramah dan berkongsi pendapat.

Persidangan 6 hari tersebut bertujuan untuk membahas tentang:
  1. Potensi pemuda dan tanggungjawab pemuda dalam masyarakat.
  2. Kepentingan membasmi kemiskinan dan menggapai Matlamat Pembangunan Milenium.
  3. Kepedulian terhadap perubahan iklim global dan bencana alam.
  4. Persetujuan bahawa aktiviti manusia menyebabkan perubahan iklim global.
  5. Keperluan kerjasama antarabangsa dalam menangani isu perubahan iklim dan kemiskinan serta peranan pemuda dalam hal tersebut.
  6. Resolusi Pemuda untuk masalah-masalah tersebut.

Melalui persidangan tersebut, pihak penganjur juga berharap agar para pemuda dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat, mengembangkan hubungan interpersonal dan hubungan professional antara pemuda, menguatkan rangkaian hubungan pemuda supaya isu-isu persidangan akan terus disebarkan dan ditindaklanjuti di tempat masing-masing.

Persidangan mengandalkan para pemuda untuk bergiat aktif dalam meningkatkan kepedulian terhadap alam sekitar, dan berharap IYC 2011 adalah langkah bertatih untuk jalan dan momentum larian berikutnya demi bumi tercinta.

Hasil perbahasan, 32 resolusi pemuda diputuskan dan dimuatkan dalam Deklarasi Pemuda Yogyakarta.

Acara ditutup oleh Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Alfitra Salam pada 25 Februari 2011.



Perwakilan Malaysia di Hadapan Poster Persidangan



Rombongan di Lereng Merapi



Kontingen Malaysia dan Kontingen Brunei Darussalam


0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP