Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

TAHNIAH PROF. DR. ABDUL SHARIFF HAMID~!

Selasa, 26 April 2011



Kelab UMNO Yogyakarta ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Setiausaha Kerja Kelab UMNO Luar Negara (lebih popular dikenali sebagai bos Sekretariat KULN)

atas penganugerahan Ijazah Professor Kehormat (Honorary Professor)
daripada European-American University.

Tahniah Professor Dr. Abdul Shariff Hamid JMN, KMN~!


Prof. Dr. Abdul Shariff Hamid dan Tun Dr. Mahathir.


Sumber: http://www.thedegree.org/hamid.html


Setiausaha Kerja Kelab UMNO Luar Negara, 3 dari kanan


Berikut serba sedikit tentang beliau seperti yang didapatkan daripada laman web tersebut:

Professor Abdul Shariff Hamid adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Pelajaran Mara, yang membantu warga desa yang miskin dan bumiputera dalam menggapai cita-cita pendidikan kebangsaan.

Beliau pernah menjadi Pengarah Pengurus di Pilecon Green. Kemudian, beliau berkecimpung dalam dunia journalisme perniagaan - menjadi Editor Berita Harian dan menulis untuk The Edge, salah satu akhbar kewangan di Malaysia. Beliau juga turut menjadi penyampai dan editor peniagaan untuk RTM. Beliau memperoleh gelaran Doktor dalam Pentadbiran Peniagaan daripada European-American University (EAU).

Beliau turut menerbitkan buku "Satu Malaysia" di dalam 4 bahasa, "Towards Greater Heights, BN 53 Years" dan "I Witness". Di samping itu, beliau menerbitkan beberapa dokumentari termasuk Sumpah Tanah Air and Perjuangan Sebuah Bangsa.

Beliau aktif dalam misi kemanusiaan dan melancarkan bantuan kepada mangsa tsunami dan gempa bumi di Indonesian, serta ke Iraq, dan menjadi pemerhati rasmi mewakili kerajaan Malaysia dalam pilihan raya Myanmar, Cambodia, Bosnia Herzegovina. Beliau turut aktif memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar di 19 negara.

Khidmat baktinya kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), termasuklah membangunkan website rasmi UMNO dan beberapa sumbangan di Ibu Pejabat. Dalam parti UMNO, beliau adalah Setiausaha UMNO Bahagian Putrajaya. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Setiausaha Kerja Kelab UMNO Luar Negara yang mempunyai 72 cawangan di serata dunia.

Beliau dianugerahkan Pingat Johan Mangku Negara (JMN) dan Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang Dipertuan Agong.


TAHNIAH sekali lagi Professor Dr. Abdul Shariff Hamid JMN, KMN~!


Read more...

Festival Sukan 3 Penjuru dan Malam Kebudayaan 1Malaysia 2011-Tentatif program

Rabu, 13 April 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini disertakan tentatif program Festival sukan 3 penjuru dan malam kebudayaan 1Malaysia 2011.


TENTATIF FESTIVAL SUKAN & MALAM KEBUDAYAAN 1MALAYSIA

Jumaat (15 April 2011)
1800 – 2300 : Ketibaan Para Kontinjen
1900 – 2300 : Persiapan Para Peserta
22.30 – 2300 : Minum Malam
2300 – 0600 : Tidur

Sabtu (16 April 2011)
0600 – 0800 : Minum Pagi
Pendaftaran Peserta Untuk Festival Sukan
0800 – 1200 : Pertandingan Futsal (Planet Futsal)
          Pertandingan Bola Tampar (Gelanggang Olahraga UNY)
          Pertandingan Badminton (Depok Sports Centre)
1100-selesai     : Pertandingan Permainan Tradisional (Ruang Auditorium 2, Fakultas Kedokteran UGM)
1200 – 1300 : Istirahat Dan Makan Tengahari
1300 – 1600 : Sambungan Acara Sukan
1600 –1700 : Acara Bebas
1700 – 1800 : Persiapan Malam Kebudayaan
1800 – 1900 : Pendaftaran Tetamu Malam Kebudayaan 1Malaysia
1900 – 1920 : Kedatangan VIP
1920 – 2020 : Bacaan Doa
          Ucapan
          Perasmian Malam Kebudayaan 1Malaysia 2011
          Persembahan Pelajar UGM
2030 – 2115 : Makan Malam
2115 – 22.30 : Persembahan Pelajar Dari Kontinjen
22.30 –22.45 : Persembahan Pelajar UGM
22.45 – 23.15 : Penyampaian Hadiah Dan Cenderamata
          Sesi Fotografi
23.25 – 23.30 : Majlis Penutup

Ahad (17 April 2011)
0700 – 0800 : Minum pagi
         Kontinjen berlepas pulang


*segala perubahan yang diberitahu kelak.
** acara Malam Kebudayaan tertutup kepada peserta pertandingan sukan 3Penjuru, ahlijawatankuasa Festival serta tetamu jemputan sahaja.

Read more...

Festival Sukan 3 Penjuru dan Malam Kebudayaan 1Malaysia 2011-Pengenalan

Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera.


Festival Sukan & Malam Kebudayaan 1Malaysia  merupakan satu program anjuran Kelab UMNO Luar Negara Cawangan (KULN) Yogyakarta yang melibatkan ahli Kelab UMNO dari cawangan yang  berdekatan iaitu dari Solo, Malang dan Surabaya . Penganjuran kali ketiga ini membuka lembaran baru kerana penyertaan dari Solo untuk julung kalinya.

Program pertama yang diadakan adalah Festival Sukan yang meliputi acara futsal, badminton, bola tampar, “indoor games” dan acara sukan tradisional. Diharap Festival Sukan ini dapat mumupuk semangat perpaduan bukan sahaja sesama ahli di dalam cawangan yang sama malahan integrasi nasional di antara KULN itu sendiri.

Pada sebelah malamnya akan diadakan Malam Kebudayaan 1Malaysia yang dilihat dapat memberikan para peserta peluang untuk menonjolkan bakat dalam bidang seni. Antara bentuk kesenian yang dipersembahkan adalah dikir barat, zapin dan Joget Pahang. Akan tetapi, pihak panitia akan cuba memasukkan beberapa acara kesenian lain yang dianggap sesuai seperti tarian daripada pelbagai bangsa sebagai platform untuk mempromosi budaya Malaysia secara amnya.

Program ini juga diharap mempromosi nama Malaysia  di samping melahirkan generasi muda yang berkualiti dan selaras dengan aspirasi Negara ke arah Malaysia yang lebih maju, sejahtera aman dan makmur.


OBJEKTIF FESTIVAL SUKAN& MALAM KEBUDAYAAN 1MALAYSIA

1. Menghimpunkan ahli KULN UMNO Blok Timur Jawa di bawah satu acara.
2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli KULN Yogyakarta sesama KULN Surabaya, Malang dan Solodi samping mumupuk semangat ‘1MALAYSIA’.
3. Memupuk semangat kesukanan
4. Melahirkan generasi muda yang sihat dan mempunyai sifat daya saing.
5. Menyemai minat dan sifat cintakan warisan budaya dan kesenian Malaysia.

ORGANISASI



SENARAI ACARA FESTIVAL SUKAN & MALAM KEBUDAYAAN 1MALAYSIA

1 Pertandingan Futsal
2 Pertandingan Badminton
3 Pertandingan Bola Tampar
4 Pertandingan Permainan Tradisional (Congkak Dan Batu Seremban)
5 Malam Kebudayaan 1 Malaysia (Persembahan Kebudayaan)

MASA DAN LOKASI FESTIVAL SUKAN & MALAM KEBUDAYAAN 1 MALAYSIA
FESTIVAL SUKAN & MALAM KEBUDAYAAN 1MALAYSIA 2011 akan diadakan pada:

Hari : Sabtu
Tarikh : 16 April 2011
Lokasi
a) Depok Sports Centre
b) Planet Futsal
c) Gelanggang Olahraga UNY
d) Ruang Auditorium 1, Gedung Ismangoen, Fakultas Kedokteran UGM
e) Asrama Haji Yogyakarta
f) Pandan Garden Resto

Read more...

Festival Sukan 3 Penjuru dan Malam Kebudayaan 1Malaysia 2011.

Jumaat, 8 April 2011

Assalamualaikum w.t.b dan salam 1Malaysia.

Pada 16 April 2011 ini, Kelab UMNO Yogyakarta julung-julung kalinya akan mengadakan Festival Sukan 3 Penjuru dan Malam Kebudayaan 1Malaysia 2011.

Festival ini disertai oleh pelajar Malaysia di 3 buah negeri di Indonesia di bawah kelolaan Kelab UMNO Luar negara iaitu Kelab UMNO Yogyakarta, Kelab UMNO Malang dan Kelab UMNO Surabaya, yang pertama kalinya pernah berlangsung di Malang pada tahun 2010.

Selain bagi merapatkan hubungan antara pelajar-pelajar Malaysia di sini, festival ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan yang tinggi di antara ahli-ahli Kelab UMNO di Indonesia. Walaubagaimanapun, setiap perlawanan dan pertandingan yang berlangsung tidak terhad kepada ahli Kelab UMNO sahaja, malah setiap pelajar yang bukan ahli juga boleh ikut serta dalam festival ini, selaras dengan seruan kerajaan bagi memupuk semangat 1Malaysia.


Logo Festival (seperti di atas) terdiri daripada 3 warna asas yang melambangkan Kelab UMNO di negeri masing-masing iaitu Kelab UMNO Yogyakarta (Merah), Kelab UMNO Surabaya (Kuning) dan Kelab UMNO Malang (Biru).

Walaupun hanya terdapat 3 warna asas, tiada mata yang dapat menangkap semua variasi warna yang dihasilkan apabila ketiga-tiga apabila bersatu. Kelab UMNO Yogyakarta memandang hubungan seluruh Kelab UMNO seperti itu yang menterjemahkan bahawa walaupun terdapat berbezaan bagi setiap kita, tetapi sebenarnya kita semua adalah satu.

Selari dengan ini, saya mewakili ahli-jawatankuasa Kelab UMNO Yogyakarta umumnya, dan organisasi Festival Sukan 3 Penjuru dan Malam Kebudayaan 1Malaysia 2011 secara khasnya menjemput anda semua beramai-ramai datang untuk memeriahkan lagi acara.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan memenuhi semua misi dan visi Festival kali ini.

Sekian, terima kasih.

Read more...

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP