Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Festival Sukan 3 Penjuru dan Malam Kebudayaan 1Malaysia 2011.

Jumaat, 8 April 2011

Assalamualaikum w.t.b dan salam 1Malaysia.

Pada 16 April 2011 ini, Kelab UMNO Yogyakarta julung-julung kalinya akan mengadakan Festival Sukan 3 Penjuru dan Malam Kebudayaan 1Malaysia 2011.

Festival ini disertai oleh pelajar Malaysia di 3 buah negeri di Indonesia di bawah kelolaan Kelab UMNO Luar negara iaitu Kelab UMNO Yogyakarta, Kelab UMNO Malang dan Kelab UMNO Surabaya, yang pertama kalinya pernah berlangsung di Malang pada tahun 2010.

Selain bagi merapatkan hubungan antara pelajar-pelajar Malaysia di sini, festival ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan yang tinggi di antara ahli-ahli Kelab UMNO di Indonesia. Walaubagaimanapun, setiap perlawanan dan pertandingan yang berlangsung tidak terhad kepada ahli Kelab UMNO sahaja, malah setiap pelajar yang bukan ahli juga boleh ikut serta dalam festival ini, selaras dengan seruan kerajaan bagi memupuk semangat 1Malaysia.


Logo Festival (seperti di atas) terdiri daripada 3 warna asas yang melambangkan Kelab UMNO di negeri masing-masing iaitu Kelab UMNO Yogyakarta (Merah), Kelab UMNO Surabaya (Kuning) dan Kelab UMNO Malang (Biru).

Walaupun hanya terdapat 3 warna asas, tiada mata yang dapat menangkap semua variasi warna yang dihasilkan apabila ketiga-tiga apabila bersatu. Kelab UMNO Yogyakarta memandang hubungan seluruh Kelab UMNO seperti itu yang menterjemahkan bahawa walaupun terdapat berbezaan bagi setiap kita, tetapi sebenarnya kita semua adalah satu.

Selari dengan ini, saya mewakili ahli-jawatankuasa Kelab UMNO Yogyakarta umumnya, dan organisasi Festival Sukan 3 Penjuru dan Malam Kebudayaan 1Malaysia 2011 secara khasnya menjemput anda semua beramai-ramai datang untuk memeriahkan lagi acara.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan memenuhi semua misi dan visi Festival kali ini.

Sekian, terima kasih.

0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP