Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Chersonesus Aurea ?

Jumaat, 25 Mac 2011

Chersonesus Aurea atau Golden Khersonese (Semenanjung Emas) adalah semenanjung paling selatan benua Asia. Nama tersebut direkodkan oleh Ptolemy, menunjukkan bahawa kawasan tersebut merupakan pengeluar emas yang terkenal pada zaman Yunani.

Semenanjung Emas terbentang daripada Pattani di utara hingga Johor di selatan. Segenting Kra merupakan titik tersempit bagi Semenanjung Emas.

Lakaran Peta Asia oleh Ptolemy.
Ada Sinus, Ada Magnus, dsb. Sesuai untuk belajar anatomi. Kenal Pasti Chersonesus Aurea.

Banjaran Titiwangsa (sebahagian daripada Sistem Banjaran Tenasserim) merupakan tulang belakang bagi semenanjung ini. Ekor Banjaran Titiwangsa adalah Gunung Ledang, dan kemuncak tertinggi adalah Gunung Korbu.

Gunung Ledang juga dikenali sebagai Mount Ophir daripada bahasa Ibrani (Yahudi) yang bermaksud Gunung Emas. Gunung Ledang mendapat nama daripada kerajaan Majapahit yang bermaksud "Gunung nun Jauh".


Banjaran Titiwangsa

Selat Melaka memisahkan Semenanjung Emas dengan Sumatera dan Selat Johor memisahkan Semenanjung Emas dengan Singapura. Selat Melaka merupakan Selat Terpanjang di dunia.

Attarikh Salasilah Negeri Kedah merekodkan bahawa semenanjung ini dikenali Tanah Segara Masin sebelum dikenali sebagai Tanah Melayu. Hikayat Hang Tuah merekodkan gelaran Tanah Melayu dikenali umum untuk merujuk kepada jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka.



Rujukan:

http://en.wikipedia.org

Read more...

MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Rabu, 23 Mac 2011


Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Besar Raja-Raja seperti diperuntukan oleh seksyen 4 dalam Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.


Terdapat dua Mohor Besar yang disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Mohor Besar yang pertama berukuran 51 cm panjang, 22 cm lebar, 52 cm tinggi dan seberat 93 kg. Manakala Mohor Besar yang kedua berukuran 51 cm panjang, 14 cm lebar, 35.5 cm tinggi dan seberat 38kg. Mohor Besar yang kedua ini lebih mudah dibawa ke luar pejabat apabila perlu.



Mohor Besar Raja-Raja
Klasik

Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu serta tertulis perkataan “Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu” dalam huruf jawi. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang digunakan sehingga ke hari ini.

Kedua-dua Mohor Besar Raja-Raja dibuat di England pada tahun 1949 dengan kos £211.10

FUNGSI MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Mohor Besar ini melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-Raja. Ia melambangkan kuasa kerana ia terbit daripada sebuah badan yang teragung di Negara ini. Surat cara yang dimeterai dengan Mohor Besar melambangkan kepercayaan dan kuasa. Ia melambangkan kadaulatan surat cara tersebut.Mohor membuktikan kesasihan asal usul sesuatu surat cara.


Mohor Besar Raja-Raja
kenal, jangan tak kenal

Oleh sebab kesan terapan daripada Mohor Besar akan merubahkan tekstur kertas, maka cap mohor ini dapat bertahan lebih lama daripada “cap getah” yang menggunakan dakwat yang tertera pada permukaan surat cara.



Read more...

KOD PAKAIAN KELAB UMNO YOGYAKARTA

Jumaat, 18 Mac 2011



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


MUKADDIMAH

Banyak orang keliru mengenai kod pakaian. So, saya buat dokumen tentang kod pakaian.
Harap korang sebar-sebarkan kepada AJK dan Ahli KUY.

Definisi Kod Pakaian ni, mungkin saya juga akan terlupa nanti, kalau saya terlupa, dimohon sesiapa mengingatkan saya kembali.

Definisi Kod Pakaian ini khusus untuk Kelab UMNO Yogyakarta, bersumberkan budaya barat (kerana faktor Globalisasi), diadaptasi mengikut kesesuaian kondisi dan budaya Melayu.

Sebarang acara yang tidak mempunyai kod pakaian,maka, tingkat formaliti pakaian adalah kasual (KOD 8).

Korang boleh memakai tingkat formaliti pakaian yang lebih tinggi... tapi... kalau pakai over nanti, org cakap korang capap, tu bukan salah saya... okey~!!!

Kebanyakkan acara formal, kod pakaian adalah business formal (KOD 4), hinggalah diberitahu kod pakaian yang lebih jelas. Pegawai Majlis (seperti MC, dsb) mempunyai kod pakaian yang lebih tinggi.

Untuk pakaian formal (Kod 1-4) , sila seterika baju anda.

Mesyuarat di rumah AJK, boleh pakai pakaian Streetwear (KOD 10)






DEFINISI KOD PAKAIAN MENGIKUT TINGKAT FORMALITI


LELAKI:


1. Pakaian Majlis (tidak berkaitan) 2. Formal Sebenar

  • Baju Kebangsaan (Baju Melayu Lengkap)*Kain Pelikat yang vogue dibenarkan*
  • Pakaian Seragam (Seragam Sekolah, Serangan Polis, Seragam Dewan Rakyat)
  • Baju Batik lengan panjang dengan motif formal, seluar slack hitam diseterika tanpa segi,
  • White Tie Dress
http://en.wikipedia.org/wiki/White_tie
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Atat%C3%BCrk_in_white_tie.jpg

  • Alas Kaki: kasut hitam, stoking hitam.
Contoh Acara: Dinner, Perjumpaan Sangat Formal, MT sewaktu AGM, dsb, Hari Raya.



3. Semi-Formal

  • Set Tuxedo atau Black Tie Dress, seluar slack, bow tie hitam, kasut hitam, stoking hitam...
http://en.wikipedia.org/wiki/File:EsmoquinSombra.jpg
http://en.wikipedia.org/wiki/Dinner_jacket
http://en.wikipedia.org/wiki/Semi-formal

Contoh Acara: Dinner ISKS Pakoeboewono (Tuksedo)



4. Business Formal (Informal, but not casual)

  • Suit Hitam/Blue Black + kemeja lengan panjang putih
  • baju batik bermotif sesuai, slack gelap sesuai suit/baju, Tie, stoking, kasut gelap.

Contoh: Set Blazer JPA, Baju Batik abang Imran.



5. Smart Casual

  • Kemeja lengan panjang masukkan dalam seluar, seluar slack, dengan atau tanpa tie, kasut kulit/PVC, stoking.

Contoh: Pakaian ke kelas di KTT. Pakaian berjumpa senior sewaktu MSK.



6. Business Casual

  • T-Shirt atau kemeja lengan pendek masukkan dalam seluar, berkolar, seluar slack berwarna gelap, kasut, stoking.

Contoh: Pakaian yang korang slalu tengok org2 business maen golf atau jalan2 dengan



7. Minimum Fakultas
  • T-Shirt berkolar atau kemeja lepas keluar, seluar slack, kasut atau sandal bertutup,

Contoh: Tata pakaian minimum di fakultas.



8. Kasual

  • T-Shirt, Jeans, Sandal.
Contoh: Korang g mall.



9. Pakaian Rumah

  • Kain Pelikat biasa/seluar yang menutup aurat, Baju T-Shirt, Selipar Jamban.
Contoh: Korang pakai pakaian ni kat rumah, baju yang tak la cantik sangat.



10. Streetwear

  • Singlet, Seluar Pendek, Selipar Jamban...
Contoh: Korang baru bangun tidur, nak g mandi. Pakaian penjaja.



11. Sukan

  • Kasut sukan, jersey atau T-shirt, stoking, seluar track
Contoh: Pakaian korang g sukan...



* Terdapat beberapa kod pakaian lain yang bergantung pada pemahaman korang, seperti:
  • Pakaian Tidur
  • Pakaian Mandi
  • Pakaian Mengadap Raja Segala Raja

Klassifikasi Pakaian Mengikut Budaya Barat



PEREMPUAN:


Untuk perempuan, ikut kesesuaian... Baju Kurung, Kebaya dan Baju Tradisional merupakan baju formal, maka, tingkat formaliti pakaian bagi perempuan sudah tinggi... Formaliti bergantung kepada ciri pakaian tersebut (kain buruk, pergi kelas, atau pergi dinner). Heheheh~!!!

Untuk hal ini, adalah digalakkan kepada para AJK, untuk menerangkan kepada ahli... Terima kasih... dan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...



HAHAHA~!! Jangan tanya lagi yer... tak faham refer sini... Ada yang tak jelas, sila komen...

p/s Kod pakaian ini bukan maen2 tau... serious, walaupun saya banyak kali ketawa buat menda ni..



=)

Read more...

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT DAN MEREMEHKANNYA

Jumaat, 11 Mac 2011

Persoalan:

Banyak orang yang melalaikan solat,bahkan sebahagian dari mereka meninggalkan solat secara sengaja,apakah hukum terhadap mereka? Dan apakah kewajiban seorang muslim terhadap mereka, terutama kaum kerabat yang dekat?


Jawapan:

Melalaikan solat merupakan antara kemungkaran yang paling besar dan termasuk sifat orang-orang munafik. Sepertimana dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran bermaksud:


Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas, mereka bermaksud riya di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. (surah An-Nisaa:142)

Boleh difahami daripada ayat di atas sifat munafik adalah tidak menjaga solatnya dan mensyirikkan Allah dalam ibadahnya. Maka menjadi kewajiban bagi muslim baik lelaki mahupun wanita menjaga solatnya (sama ada dari segi waktu,tertib,rukun dan syarat sah solat).

Disebutkan juga dalam hadith yang masyhur diriwayatkan oleh sahih Muslim dari Abu Hurairah dari Rasulullah,


Bahawa datang seorang lelaki buta seraya berkata; "Wahai Rasulullah tiada yang menuntunku ke masjid, apakah ada keringanan bagiku untuk solat di rumah?

Rasulullah memberi keringanan, tetapi baginda memanggil kembali dan bertanya;"Apakah engkau mendengarkan seruan untuk solat?

Dia menjawab "Ya".

beliau bersabda "Sambutlah"


Maka berkewajiban untuk muslim menegur saudaranya yang meninggalkan solat, dan hukum mereka yang meninggalkan secara sengaja tetapi masih mengatakan solat itu wajib adalah orang-orang yang berada dalam kekufuran. Wallahu Alam Bissawab.

(Sumber: Kitab Fatwa-Fatwa Kontemporari tentang Shalat)


p/s:

Semoga kita semua digolongkan dalam golongan kanan yang beriman dan beramal soleh. Amin.




(Orang-orang beriman yang jiwanya dibeli Allah itu adalah) orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang mengembara, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hudud Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman. (At-Taubah, 9: 112)


Read more...

Laporan Kejuaraan Futsal Piala UMNO 2011

Selasa, 8 Mac 2011




Demi hasrat mempromosikan gaya hidup sihat dan semangat sukan kompetatif yang konstruktif dan positif, maka, pada 5 hingga 6 Mac 2011, Kelab UMNO Yogyakarta melalui Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Kejuaraan Terbuka Piala UMNO 2011.

Selain daripada objektif tersebut di atas, Kelab UMNO Yogyakarta juga berharap kejuaraan ini dapat memupuk hubungan silaturrahum yang lebih erat antara para pelajar Malaysia di Yogyakarta, serta mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti riadah yang berfaedah.

Kejuaraan ini diadakan di Soccer Futsal KM 6.4. Sejumlah 7 pasukan lelaki menyertai Kejuaraan ini. Pertandingan berlangsung daripada jam 7 pagi hingga 1 petang pada 5 Mac untuk peringkat kumpulan, di mana setiap pasukan berentap melawan 6 pasukan lain.

Perlawanan semi-final dan final diadakan dari jam 11 pagi hingga 2 petang pada 6 Mac. Pada babak semi-final, 1-Cork Team menumpaskan Supernatural, manakala Unathletic Madrid menumpaskan Gan's Team untuk mara ke final. Gan's Team telah merangkul tempat ke-3 dengan menewaskan Supernatural pada pusingan penentuan tempat ke-3.


Aksi Mendebarkan

Pada perlawanan Final, 1-Cork Team memberikan aksi gemilang dengan mendahului 4-1 sehinggalah Unathletic Madrid menyamakan kedudukan dengan 3 siri gol beberapa minit terakhir. Unathletic Madrid kemudiannya mengesahkan diri sebagai Juara Futsal Piala UMNO 2011 pada babak penalti dengan 2 gol berbalas 1 daripada 1-Cork Team. Muhammad Amir Zakwan mencatat rekod penjaring gol terbanyak dengan 10 gol sepanjang Kejuaraan.

Kelab UMNO Yogyakarta berbesar hati dengan berlangsungnya kejuaraan tersebut dan turut berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Tahniah kepada para pemenang dan pemain yang memberikan dukungan dan semangat yang positif. Tahniah dan terima kasih juga kepada para AJK KUY kerana menjayakan Kejuaraan Futsal Piala UMNO 2011. Semoga kita semua telah mencapai matlamat yang dihasratkan, dan semoga kejuaraan ini dapat diteruskan pada masa mendatang.

Kumpulan Juara dan Naib Juara


Read more...

Laporan Masquarade Night 2011




Pada hari sabtu 25 Februari 2011, Kelab UMNO Yogyakarta melalui Kerabat Melayu 2007 telah bekerjasama dengan Solidaritas InterMed 07 untuk mengadakan Malam Masquarde untuk meraikan pengakhiran kurikulum ijazah sarjana muda kedokteran bagi angkatan 2007.

Majlis bermula pada jam 7.00 malam. Seramai 75 anggota angkatan 2007 bersama 2 tetamu lain hadir memeriahkan acara. Semua tetamu dikehendaki memakai masquerade (topeng) dalam acara tersebut. Setelah tetamu mengambil tempat, pengacara majlis memulakan acara. Sebagai pembuka, mereka mengiklankan pihak penaja (termasuk Kelab UMNO Yogyakarta). Slide show Kelab UMNO Yogyakarta beserta Kerabat Melayu 2007 turut dipaparkan di layar putih.


Antara tetamu yang hadir


Majlis dilanjutkan dengan ucapan daripada Ketua Program Malam Masquerade 2011, Saudara Nur Hafizuddin bin Jailani. Setelah itu, majlis dilanjutkan dengan persembahan nyanyian oleh band angkatan 2007. Sementara itu, para tetamu dijemput untuk menjamah juadah yang telah disediakan.

Setelah persembahan nyanyian oleh Band Angkatan 2007, para tetamu dihiburkan dengan 11 persembahan lain. Antara persembahan yang disajikan termasuklah tarian Melayu, tarian India, tarian Wonder Girls, tarian Hip Hop, tarian Salsa, tarian Cha Cha, persembahan akoustik, persembahan nasyid acapella, persembahan video Angkatan 2007, persembahan “Wajah-Wajah” dan juga sketsa “Puteri dengan Katak”.

Acara turut dimeriahkan dengan pemberian anugerah King of the Night yang dimahkotakan kepada saudara ketua Program dan Queen of the Night yang dirangkul oleh saudari Farah Najla. Terdapat 6 lagi anugerah yang diberi kepada para tetamu.

Majlis diakhiri dengan sessi foto bersama dan juga sessi Karaoke.


Sessi Bergambar


Read more...

LAPORAN INTERNATIONAL YOUTH CONFERENCE 2011

Jumaat, 4 Mac 2011


LAPORAN RINGKAS INTERNATIONAL YOUTH CONFERENCE 2011

Pada 20-25 Februari 2011, Kelab UMNO Yogyakarta telah mewakili Malaysia untuk mengikuti Persidangan Pemuda Antarabangsa 2011 Tentang Kepedulian Terhadap Perubahan Iklim di Yogyakarta (International Youth Conference Indonesia 2011 on Awareness of Climate Change).

Persidangan ini disertai oleh 144 orang peserta daripada 33 negara. Malaysia diwakili oleh 2 orang, saudara Imran Azwan bin Azizan dari Kelab UMNO Yogyakarta dan Saudara Nicholas Fong daripada WWF Malaysia.

Acara dibuka oleh Rektor Universitas Gadjah Mada, Prof. Ir. Sudjarwadi dan dirasmikan oleh Timbalan Gabenor Yogyakarta, Paku Alam IX. Monique Coleman, Duta PBB untuk Pemuda, turut memberikan kata-kata aluan, didampingi oleh Miss Earth Indonesia. Acara turut dihadiri oleh beberapa environmentalis daripada pelbagai negara di pelusuk dunia yang memberi ceramah dan berkongsi pendapat.

Persidangan 6 hari tersebut bertujuan untuk membahas tentang:
  1. Potensi pemuda dan tanggungjawab pemuda dalam masyarakat.
  2. Kepentingan membasmi kemiskinan dan menggapai Matlamat Pembangunan Milenium.
  3. Kepedulian terhadap perubahan iklim global dan bencana alam.
  4. Persetujuan bahawa aktiviti manusia menyebabkan perubahan iklim global.
  5. Keperluan kerjasama antarabangsa dalam menangani isu perubahan iklim dan kemiskinan serta peranan pemuda dalam hal tersebut.
  6. Resolusi Pemuda untuk masalah-masalah tersebut.

Melalui persidangan tersebut, pihak penganjur juga berharap agar para pemuda dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat, mengembangkan hubungan interpersonal dan hubungan professional antara pemuda, menguatkan rangkaian hubungan pemuda supaya isu-isu persidangan akan terus disebarkan dan ditindaklanjuti di tempat masing-masing.

Persidangan mengandalkan para pemuda untuk bergiat aktif dalam meningkatkan kepedulian terhadap alam sekitar, dan berharap IYC 2011 adalah langkah bertatih untuk jalan dan momentum larian berikutnya demi bumi tercinta.

Hasil perbahasan, 32 resolusi pemuda diputuskan dan dimuatkan dalam Deklarasi Pemuda Yogyakarta.

Acara ditutup oleh Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Alfitra Salam pada 25 Februari 2011.



Perwakilan Malaysia di Hadapan Poster Persidangan



Rombongan di Lereng Merapi



Kontingen Malaysia dan Kontingen Brunei Darussalam


Read more...

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP