Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Laporan Karnival Futsal Tahun Baru Kelab UMNO Yogyakarta

Rabu, 6 Januari 2010

Pada 1-3 Januari, Kelab UMNO Yogyakarta telah menganjurkan Karnival Futsal Tahun Baru 2010 yang berlangsung di Lapangan Futsal FK UGM.

Perlawanan ini bertujuan untuk mempupuk semangat kesukanan yang positif dalam kalangan peserta. Selain itu, turnamen ini bertujuan untuk menggali bakat-bakat baru dan menggilap bakat-bakat lama dalam sukan futsal dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Yogyakarta selain menjadi rekreasi bersifat kompetatif.

Turnamen ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Sebanyak 8 pasukan lelaki dan 4 pasukan perempuan menyertai perlawanan ini.

Dalam perlawanan kategori lelaki, pasukan Baracuddas ‘07 merangkul piala kejuaraan dengan berhempas-pulas menjaringkan gol penyamaan 2-2 dengan Naib Johan, Asu ‘08 dan seterusnya memperoleh kemenangan 2-0 pada penentuan penalti.

Juara kategori perempuan, Tiger Lily ’07 juga mengalahkan naib johan, Crazy Bananas dengan jaringan 2-0 pada set penalti setelah minit perlawanan tanpa gol. Tempat ketiga kategori lelaki disandang oleh kumpulan Marlboro

Pada akhir perlawanan, Pengerusi KUMNOY, Saudara Hafiezulniezam menyampaikan hadiah pingat dan piala kejuaraan kepada para pemenang. Acara berakhir pada jam 6.00 petang WIB, 3 Januari 2010.



Read more...

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP