Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Laporan Masquarade Night 2011

Selasa, 8 Mac 2011




Pada hari sabtu 25 Februari 2011, Kelab UMNO Yogyakarta melalui Kerabat Melayu 2007 telah bekerjasama dengan Solidaritas InterMed 07 untuk mengadakan Malam Masquarde untuk meraikan pengakhiran kurikulum ijazah sarjana muda kedokteran bagi angkatan 2007.

Majlis bermula pada jam 7.00 malam. Seramai 75 anggota angkatan 2007 bersama 2 tetamu lain hadir memeriahkan acara. Semua tetamu dikehendaki memakai masquerade (topeng) dalam acara tersebut. Setelah tetamu mengambil tempat, pengacara majlis memulakan acara. Sebagai pembuka, mereka mengiklankan pihak penaja (termasuk Kelab UMNO Yogyakarta). Slide show Kelab UMNO Yogyakarta beserta Kerabat Melayu 2007 turut dipaparkan di layar putih.


Antara tetamu yang hadir


Majlis dilanjutkan dengan ucapan daripada Ketua Program Malam Masquerade 2011, Saudara Nur Hafizuddin bin Jailani. Setelah itu, majlis dilanjutkan dengan persembahan nyanyian oleh band angkatan 2007. Sementara itu, para tetamu dijemput untuk menjamah juadah yang telah disediakan.

Setelah persembahan nyanyian oleh Band Angkatan 2007, para tetamu dihiburkan dengan 11 persembahan lain. Antara persembahan yang disajikan termasuklah tarian Melayu, tarian India, tarian Wonder Girls, tarian Hip Hop, tarian Salsa, tarian Cha Cha, persembahan akoustik, persembahan nasyid acapella, persembahan video Angkatan 2007, persembahan “Wajah-Wajah” dan juga sketsa “Puteri dengan Katak”.

Acara turut dimeriahkan dengan pemberian anugerah King of the Night yang dimahkotakan kepada saudara ketua Program dan Queen of the Night yang dirangkul oleh saudari Farah Najla. Terdapat 6 lagi anugerah yang diberi kepada para tetamu.

Majlis diakhiri dengan sessi foto bersama dan juga sessi Karaoke.


Sessi Bergambar


0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP