Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT DAN MEREMEHKANNYA

Jumaat, 11 Mac 2011

Persoalan:

Banyak orang yang melalaikan solat,bahkan sebahagian dari mereka meninggalkan solat secara sengaja,apakah hukum terhadap mereka? Dan apakah kewajiban seorang muslim terhadap mereka, terutama kaum kerabat yang dekat?


Jawapan:

Melalaikan solat merupakan antara kemungkaran yang paling besar dan termasuk sifat orang-orang munafik. Sepertimana dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran bermaksud:


Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas, mereka bermaksud riya di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. (surah An-Nisaa:142)

Boleh difahami daripada ayat di atas sifat munafik adalah tidak menjaga solatnya dan mensyirikkan Allah dalam ibadahnya. Maka menjadi kewajiban bagi muslim baik lelaki mahupun wanita menjaga solatnya (sama ada dari segi waktu,tertib,rukun dan syarat sah solat).

Disebutkan juga dalam hadith yang masyhur diriwayatkan oleh sahih Muslim dari Abu Hurairah dari Rasulullah,


Bahawa datang seorang lelaki buta seraya berkata; "Wahai Rasulullah tiada yang menuntunku ke masjid, apakah ada keringanan bagiku untuk solat di rumah?

Rasulullah memberi keringanan, tetapi baginda memanggil kembali dan bertanya;"Apakah engkau mendengarkan seruan untuk solat?

Dia menjawab "Ya".

beliau bersabda "Sambutlah"


Maka berkewajiban untuk muslim menegur saudaranya yang meninggalkan solat, dan hukum mereka yang meninggalkan secara sengaja tetapi masih mengatakan solat itu wajib adalah orang-orang yang berada dalam kekufuran. Wallahu Alam Bissawab.

(Sumber: Kitab Fatwa-Fatwa Kontemporari tentang Shalat)


p/s:

Semoga kita semua digolongkan dalam golongan kanan yang beriman dan beramal soleh. Amin.




(Orang-orang beriman yang jiwanya dibeli Allah itu adalah) orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang mengembara, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hudud Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman. (At-Taubah, 9: 112)


0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP