Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Pilihan Raya 2010/2011 - Syarat dan Ketentuan

Ahad, 26 September 2010

Berikut merupakan syarat-syarat serta ketentuan perjalan pilihan raya.

I. Syarat-syarat Ahli Majlis Kerja Kelab UMNO Yogyakarta

1. Ahli Kelab UMNO Yogyakarta yang telah melunaskan yuran keahlian Kelab.
2. Tinggal di Yogyakarta atau/dan Solo secara maustatin atau bermukim, yang membolehkan beliau mengikuti pentadbiran dan aktiviti kelab.
3. Tidak memegang lebih daripada satu jawatan Kelab.
4. Tidak memegang jawatan yang sama lebih 3 tahun berturut-turut.

II. Jawatan Yang Dipilih Secara Undian dan Jawatan Yang Dilantik


1. Jawatan yang dipilih secara undian ialah

i. Presiden dan Timbalan Presiden
ii. Naib Presiden I, Setiausaha II (Eksekutif) dan 7 orang ahli Majlis Kerja yang lain
iii. 2 orang Juruaudit

2.    Jawatan yang dipilih secara lantikan ialah

i. Naib Presiden II
ii. Setiausaha I (Pentadbiran), Bendahari dan Ketua Penerangan
iii. Beberapa orang ahli Majlis Kerja yang lain (minimal 3)

III. Peringkat dan Prosedur Pemilihan (Pengundian)

Peringkat I: Pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden

i. Calon, pencadang dan penyokong hendaklah memenuhi syarat-syarat Ahli Majlis Kerja Kelab UMNO Yogyakarta.
ii. Calon bersama sekurang-kurangnya seorang pencadang dan seorang penyokong hadir pada hari penamaan calon di tempat yang ditetapkan untuk mengisi borang penamaan.
iii. Seseorang hanya boleh bertanding satu jawatan sahaja. Satu borang hanya untuk satu calon. Pencadang dan penyokong hanya boleh mencadang dan menyokong satu calon sahaja dalam kategori jawatan yang dipertandingkan.
iv. Borang pencalonan haruslah diserahkan kepada pelaksana pilihan raya untuk disahkan.
v. Pelaksana pilihan raya akan memproses penamaan calon, membuat daftar pencalonan dan mengumumkan pencalonan dalam tempoh maksimum 3 hari daripada penamaan calon.
vi. Proses menghampiri pengundi akan dilaksanakan mengikut kesesuaian (berdasarkan angkatan dll) supaya pengundian dapat dilakukan hingga ke peringkat paling mungkin.
vii. Pengundian akan dibuka hingga 7 hari selepas pencalonan. Sesiapa yang mahu mengundi tetapi tidak dihampiri oleh jentera wakil-wakil Pelaksana pilihan raya, maka bolehlah memberikan undi langsung kepada MT Suruhanjaya Pilihan Raya melalui laman Facebook.
viii. SPR akan menilai kemunasabahan langkah v-vii dalam kes menang tanpa bertanding. 

Pemilihan Naib Presiden I, Setiausaha II, dan 7 ahli Majlis Kerja

i. Dalam masa yang sama dengan “Pengundian Presiden dan Timbalan Presiden”, pencalonan untuk Naib Presiden I, Setiausaha II dan 7 ahli Majlis Kerja dibuka.
ii. Dalam proses pemungutan undi untuk Presiden dan Timbalan Presiden, wakil-wakil Pelaksana pilihan raya akan membawa daftar nama semua ahli yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk semakan pengundian.
iii. Setiap ahli boleh menamakan seorang calon sebagai ahli Majlis Kerja kepada wakil-wakil Pelaksana pilihan raya. 
iv. 18 calon acak yang paling tinggi bilangan pencalonannya akan diminta persetujuan dan dipanggil hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) serta diundi langsung untuk memenuhi 9 kuota ahli Majlis Kerja.  


Pemilihan 2 Orang Juruaudit

2 orang Juruaudit akan dipilih langsung dari kalangan bukan ahli Majlis Kerja dalam MAT selepas keputusan semua keputusan diumumkan.

IV. Tanggungjawab Ahli

1. Menghadiri MAT tidak kurang daripada 50% ahli. Setiap angkatan harus menghantar sekurang-kurangnya 50% daripada anggota angkatan mereka yang menjadi ahli ke MAT. 
2. Bergiat aktif dalam pengundian dan pencalonan.

V. Perkara Berbangkit

1. Dalam kes bilangan undi adalah “seri/terikat sama”, tindakan akan ditentukan oleh ahli Majlis Tertinggi Suruhanjaya pilihan raya.  
2. Jikalau keputusan dipertikaikan, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengira kembali undi dalam masa 3 hari, dan jawatan yang berkaitan akan digantung buat sementara.
3. Suruhanjaya Pilihan Raya bersama pelaksana Pilihan Raya mempunyai kuasa muktamad dalam hal-hal terbabit dengan Pilihan Raya.

VI. Informasi Lanjut dan Suruhanjaya Pilihan Raya

Berikut adalah ahli Majlis Tertinggi Suruhanjaya Pemilihan.
i.    Saudari Syazni binti Ahmad Zahidi (08783 8864 669)
ii.    Saudara Nur Hafizuddin bin Jailani ( 08180 4219 564)
iii.    Saudara Mohammad Fazrul bin Mohammad Basir (08386 807 405)

Berikut adalah laman facebook Pelaksana Pemilihan
Facebook    : umno_jogja@yahoo.com

0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP