Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Mesyuarat Agong Tahunan kali ke-14 (Kata – Kata Aluan Setiausaha Kelab UMNO Yogyakarta sessi 09/10)

Selasa, 21 Disember 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat ALLAH S.W.T, Tuhan Sekalian Alam, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Raja Hari Pengadilan. Dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat melaksanakan Persidangan Tahunan Kelab UMNO Yogyakarta sesi 2009/2010 pada tahun ini. Selawat dan salam ke atas Muhammad S.A.W, para nabi dan salihin. Semoga kita dikurniakan dengan kurniaan yang dipohon oleh mereka, dan dilindungi dari segala petaka yang dijauhkan daripada mereka.


Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli Kelab UMNO yang turut hadir dalam Persidangan Tahunan kali ke 13 ini. Terima kasih kepada semua AJK yang telah membantu saya dalam urusan pentadbiran KUY. Tak lupa kepada boss saya, abang Hafiezulniezam dan abang Shah, kerana telah mempercayai saya untuk menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan sepanjang sessi 2009/10 ini. Terima kasih kepada Nur Hafizuddin, kerana selalu meringankan beban saya, sebagai kawan dan juga sebagai naib Setiausaha.

Saya berdiri pagi ini, untuk memulangkan amanah saya pegang selama ini kepada kalian. Saya percaya, saya mempunyai kekurangan besar, dan kalian akan menilai prestasi saya sepanjang saya menjadi SU dalam sessi ini, maka saya tak perlu berbicara panjang mengenai hal-hal pentadbiran. Saya mahu menegaskan pentadbiran menjadi tiada rerti tanpa muafakat antara kita, semangat saling menolong, toleransi, transparensi, saling percaya, amanah dan kejujuran.

Maka, tingkatkanlah muafakat untuk kesejahteraan kita bersama dan sokonglah semua aktiviti yang dianjurkan Kelab UMNO Yogyakarta. Salurkan bakat pengurusan kalian melalui sungai kerjasama antara kita, untuk sampai ke lautan yang luas.

Sekian, terima kasih.

(IMRAN AZWAN BIN AZIZAN)
Setiausaha Kelab UMNO Yogyakarta 2009/10

0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP