Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Laporan Lawatan Semarak Ukhwah AJK Kelab UMNO Yogyakarta Fasa Kedua (Malang) Ke Batu

Rabu, 11 November 2009

“Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau”

Sempena Lawatan Semarak Ukhuwwah ke Malang, Kelab UMNO Yogyakarta tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi salah satu tempat perlancongan paling popular di Jawa Timur – Kota Batu, “Swiss Kecil Pulau Jawa”. Bandar ini terletak pada latitud 700-1200 meter dari aras laut dengan suhu sekitar 15-19 ºC. Batu juga dikenali dengan nama Agropolitan Jawa.

Ahli Rombongan Kelab UMNO tiba di Batu sekitar jam 10.30 pagi. Rombongan dibawa terlebih dahulu ke Taman Selecta, salah satu Taman Tema yang terkenal di sini. Rombongan berpecah kepada beberapa kelompok kecil dan masing-masing meninjau Taman Selecta.

Ahli rombongan mengitari kawasan taman sehinggalah jam 1. Kawasan taman Selecta mempunyai beberapa kompartmen. Terdapat Taman Tema Air Mini, taman bunga iklim hawa dingan, taman rekreasi, gerai-gerai jualan, dan kios tumbuhan-tumbuhan. Kami sakan befoto di Selecta. Bayaran yang dikenakan adalah Rp 9000 sekepala, dan Rp 5000 per bas.

Selepas 3 jam di Taman Selecta, rombongan dibawa ke sebuah Ladang Epal di kampung berdekatan. Bayaran masuk ke sana adalah Rp 20000 perkepala, dan dalam ladang tersebut anda boleh makan semahunya. Setiap orang mendapat souvenier daripada pemilik ladang berupa sari epal. Terdapat 4 jenis epal di ladang tersebut. Sekitar jam 2.30 petang, ahli rombongan yang kekenyangan epal pun bertolak pulang ke Yogyakarta.

Pengalaman wisata alam di Batu merupakan antara pengalaman manis pada kunjungan kali ini.

0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP