Laporan Lawatan Semarak Ukhwah AJK Kelab UMNO Yogyakarta Fasa Kedua (Malang) Sempena Karnival Sukan Tiga Penjuru dan Malam Kebudayaan Tiga Kelab UMNO.
Rabu, 11 November 2009
Pada 6-9 November 2009 yang lalu, Kelab UMNO Yogyakarta (KUY) telah menganjurkan lawatan “Semarak Ukhwah Kelab UMNO Yogyakarta” fasa kedua ke Malang. Lawatan ini dianjurkan sempena Karnival Sukan 3 Penjuru di Malang yang diadakan sebagai tradisi 3 Kelab UMNO terkemuka di Indonesia – Yogyakarta, Malang dan Surabaya.
Seramai 74 orang ahli Kelab UMNO Yogyakarta menyertai kontingen ini termasuklah 15 ahli baru angkatan 2009 dan 9 orang ahli Kelab UMNO Yogyakarta yang menetap di Solo.
Matlamat utama program ini adalah untuk memantapkan lagi semangat kebersamaan dan kekitaan antara orang-orang Melayu di Malang dan juga di Yogyakarta. Aktiviti ini juga diharapkan dapat mengurangkan stress para pelajar yang baru saja tamat peperiksaan. Di samping itu, Kelab UMNO Yogyakarta berharap dapat membuka dimensi mahasiswa tentang indahnya kekayaan alam di Nusantara. Iklim di tempat kunjungan adalah iklim jenis Pergunungan.
Kontingen Sukan Yogyakarta dan ahli rombongan yang lain bertolak dari Yogjakarta sekitar jam 8.00 malam 6 November dengan 3 buah bas. Perjalanan mengambil masa sekitar 8 jam. Kontingen tiba di penempatan di Malang sekitar jam 6 dan mendaftar masuk.
Belum sempat memanaskan kerusi, kami kemudiannya bersiap untuk Perlawanan Futsal dan Bola Tampar yang akan bermula pada jam 7 pagi di Lapangan RRI. Acara pagi tersebut dimulakan dengan majlis pembukaan, sebelum pasukan-pasukan kontingen memasuki lapangan perlawanan. Yogyakarta menghantar 2 tim lelaki untuk Futsal, 1 tim perempuan futsal, 1 tim lelaki bola tampar dan 1 tim perempuan bola tampar. Perlawanan Badminton bermula sekitar jam 10.30 pagi di Gedung Olah Raga Angkasa.
Pada sebelah malamnya, pihak organisir mengadakan Malam Kebudayaan yang dirasmikan oleh Datuk Dr Junaidy Abu Bakar. Majlis diisi dengan makan malam, persembahan daripada ketiga-tiga kontingen dan persembahan baju tradisional oleh model-model daripada ketiga-tiga kelab UMNO. Acara diselangselikan dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah. Acara ditutup dengan pemberian cenderamata dan sessi bergambar bersama.
Kelab UMNO Yogyakarta merangkul emas dalam Pertandingan Futsal kategori perempuan. Tim B Futsal Futsal dan Tim Bola Tampar Lelaki memperoleh medali perak manakala Tim badminton dan Tim Bola Tampar Perempuan memenangi Gangsa dalam acara masing-masing.
Karnival Sukan 3 Penjuru dan Malam Kebudayaan berakhir dengan rasminya pada malam tersebut. Kami bertolak dari Malang ke Kota Batu keesokan harinya.
Salam Semarak Ukhwah Kelab UMNO Yogyakarta!

0 comments:
Catat Ulasan