Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

UMNO Goes Green’ 2012

Sabtu, 26 Januari 2013



Biro Pembangunan Ekonomi Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta telah mengadakan kempen kempen kitar semula bertema 'UMNO Goes Green' bersempena dengan sambutan Hari Bumi Sedunia 2012. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran individu terutamanya di kalangan ahli dalam menjaga lingkungan ke arah persekitaran yang lebih hijau dan sihat. Kempen telah dilancarkan pada 23 April 2012. Sepanjang seminggu berkempen, ahli-ahli kelab digalakkan untuk mengumpul kertas, buku terpakai, kotak, botol plastik dan tin aluminium di Pogung Baru C18.

Rangka promosi giat dijalankan melalui pengumuman dan penerbitan poster di laman sesawang Facebook di samping mengemaskini status dengan fakta-fakta menarik berkaitan manfaat dari kitar semula secara periodik dalam rangka merancakkan suasana kempen. Ahli biro juga turut mengambil inisiatif untuk mengumpul botol-botol plastik dari gelanggang futsal sepanjang Kejohanan Futsal UMNO Cup dengan bantuan Biro Tugas-Tugas Khas. Kempen telah berjaya mengutip Rp104,000 hasil jualan barang-barang kitar semula ke toko daur ulang. Kesemua wang terkumpul disalurkan ke akaun kelab untuk pendanaan aktiviti akan datang. Biro Pembangunan Ekonomi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kempen ini. Diharapkan agar kempen ini berjaya mencapai matlamat dalam menyemai semangat cintakan alam sekitar dan menjadi titik tolak untuk menyelamatkan bumi kita.  

0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP