TAHNIAH DI ATAS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN KE BAWAH DYMM IKSS BOEWONO KE-XIII
Khamis, 6 Mei 2010
Pada hari Sabtu, 1 Mei 2010 yang lalu, telah berlangsungnya Malam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena Hari Naik Takhta DYMM Sultan Pakoe Boewono, sultan bagi wilayah Solo, Indonesia.
Majlis Istiadat ini bertempat di Karaton Surakarta, Hadiningrat, Baluwarti-Solo, Indonesia.
Pengerusi Kelab UMNO Yogyakarta, saudara Mohd Hafiezulniezam bersama Y.Bhg. Dato’ Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar dan isteri.
Naib Pengerusi II Kelab UMNO Yogyakarta, saudara Nazaluddin bersama Y.Bhg. Dato’ Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar dan isteri.
Majlis dimulakan sekitar pukul 6.00 petang Waktu Indonesia Barat (WIB) dengan sesi taklimat ringkas tentang tatacara dan adab sopan di dalam kawasan istana. Disebabkan delegasi penerima berasal dari Malaysia, taklimat yang pada mulanya dalam Bahasa Jawa itu juga disampaikan dalam Bahasa Melayu. Taklimat dalam Bahasa Kebangsaan disampaikan oleh Utusan DiRaja Sri Susuhunan Karaton Surakarta Hadiningrat, Dato’ Seri Amar DiRaja Dr. Muhamad Rosli Che Wan.
Setelah sesi taklimat selesai, para penerima pingat menjalani raptai bersama perwakilan dari istana. Dalam sesi latihan ini, semua penerima pingat mempelajari tatacara berjalan dan masuk mengadap. Sesi ini sangat penting untuk memastikan semua protokol istana dipatuhi dan tidak terjadi kesalahan ketika sesi penganugerahan sebenar pada sebelah malamnya.
Tepat pukul 8.00 malam, Ke Bawah DYMM ISKS Sultan Pakoe Boewono ke-XIII mencemar duli dan menganugerahkan pingat kebesaran kepada 18 orang rakyat Malaysia. Turut sama menerima pingat pada malam tersebut adalah dua orang ahli jawatankuasa Kelab UMNO Luar Negara cawangan Yogyakarta.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi Kelab UMNO Yogyakarta, saudara Mohd Hafiezulniezam bin Mohd Hasdin, dan juga Naib Pengerusi II Kelab UMNO Yogyakarta, saudara Nazaluddin bin Mat Nazir atas penganugerahan Pingat Setia Mangku Pakoe Boewono (PMP) kepada mereka berdua.
Pengarah MSD, Y.Bhg. Dato’ Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar, yang juga turut sama berada dalam majlis penganugerahan tersebut untuk menerima Darjah Seri Setia Mahkota Pakoe Boewono (SSMP) yang membawa gelaran Dato’ Seri, amat berbangga sekali dengan pencapaian ahli jawatankuasa Kelab UMNO Yogyakarta. Beliau yang ditemui selepas majlis berkata, ini adalah kali pertama mahasiswa Malaysia di Indonesia telah dianugerahkan pingat oleh sultan dan beliau berharap semoga kecemerlangan ini diteruskan oleh cawangan-cawangan lain di Indonesia.
Setelah sesi penganugerahan darjah kebesaran selesai, majlis diteruskan dengan santapan diraja. Semua tetamu dihidangkan dengan masakan asli Jawa yang sungguh enak dan lazat. Majlis selesai kira-kira jam 11.00 malam.
..............
Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudara Hafiz, Presiden Kelab UMNO Yogyakarta dan Saudara Naza. Semoga penganugerahan ini membangkitkan semangat semua untuk terus berjaya di masa akan datang.
..............
SUMBER: http://www.kelab-umno.com
0 comments:
Catat Ulasan