Mesyuarat Agung Tahunan Kelab UMNO Yogyakarta 2009
Rabu, 13 Mei 2009
Pada 12/4/09, Kelab UMNO Yogyakarta telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan di Auditorium FK UGM.
Dalam mesyuarat tersebut, Saudara Hafiz Hashim dengan rasminya telah meletakkan jawatan, dan saudara Hafiezulniezam telah dipilih sebagai Presiden KUMaNOY yang baru manakala saudara Shahrir Suhaimi dilantik menjadi Timbalan Presiden.
Dalam ucaptamanya, Saudara Hafiezulniezam telah menjelaskan tentang status Kelab UMNO Luar Negara sebagai badan kebajikan yang bernaung di bawah Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara di Wisma Putra bukan parti politik.
Beliau meminta semua ahli untuk bersatu-padu dan membantu beliau dalam melaksanakan tugas dengan lebih efisien.
Majlis ditangguhkan dengan bacaan al-Fatihah dan hadirin dijemput makan.
Pihak Sekretariat KUMNOY dengan ini mengucapkan terima kasih kepada Saudara Hafiz Hashim atas jasa dan sumbangan beliau yang tidak ternilai sepanjang sessi 07/09.
Kepada Saudara Hafiezulniezam dan Saudara Shahrir, pihak Sekretariat KUMNOY mengucapkan tahniah dan berharap agar Presiden dan Timbalan Presiden KUMNOY dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik dan akan membantu-beliau. Semoga kepimpinan Saudara Hafiezulniezam dapat mengorientasi KUMNOY ke arah yang lebih baik. Insya-ALLAH.
Berbincang
Setiausaha bersama pelajar angkatan 2008
"Gendang Gendut Tali Kecapi"
Antara juadah tengah hari yang disediakan
Kenang-Kenangan
Bergambar sebentar di hadapan Inter
0 comments:
Catat Ulasan