Festival Sukan 3 Penjuru dan Malam Kebudayaan 1Malaysia 2011-Pengenalan
Rabu, 13 April 2011
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera.
Festival Sukan & Malam Kebudayaan 1Malaysia merupakan satu program anjuran Kelab UMNO Luar Negara Cawangan (KULN) Yogyakarta yang melibatkan ahli Kelab UMNO dari cawangan yang berdekatan iaitu dari Solo, Malang dan Surabaya . Penganjuran kali ketiga ini membuka lembaran baru kerana penyertaan dari Solo untuk julung kalinya.
Program pertama yang diadakan adalah Festival Sukan yang meliputi acara futsal, badminton, bola tampar, “indoor games” dan acara sukan tradisional. Diharap Festival Sukan ini dapat mumupuk semangat perpaduan bukan sahaja sesama ahli di dalam cawangan yang sama malahan integrasi nasional di antara KULN itu sendiri.
Pada sebelah malamnya akan diadakan Malam Kebudayaan 1Malaysia yang dilihat dapat memberikan para peserta peluang untuk menonjolkan bakat dalam bidang seni. Antara bentuk kesenian yang dipersembahkan adalah dikir barat, zapin dan Joget Pahang. Akan tetapi, pihak panitia akan cuba memasukkan beberapa acara kesenian lain yang dianggap sesuai seperti tarian daripada pelbagai bangsa sebagai platform untuk mempromosi budaya Malaysia secara amnya.
Program ini juga diharap mempromosi nama Malaysia di samping melahirkan generasi muda yang berkualiti dan selaras dengan aspirasi Negara ke arah Malaysia yang lebih maju, sejahtera aman dan makmur.
0 comments:
Catat Ulasan