Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

TAHNIAH DI ATAS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN KE BAWAH DYMM IKSS BOEWONO KE-XIII

Khamis, 6 Mei 2010

Pada hari Sabtu, 1 Mei 2010 yang lalu, telah berlangsungnya Malam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena Hari Naik Takhta DYMM Sultan Pakoe Boewono, sultan bagi wilayah Solo, Indonesia.
Majlis Istiadat ini bertempat di Karaton Surakarta, Hadiningrat, Baluwarti-Solo, Indonesia. 

Pengerusi Kelab UMNO Yogyakarta, saudara Mohd Hafiezulniezam  bersama Y.Bhg. Dato’ Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar dan isteri.



Naib Pengerusi II Kelab UMNO Yogyakarta, saudara Nazaluddin bersama Y.Bhg. Dato’ Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar dan isteri.


Majlis dimulakan sekitar pukul 6.00 petang Waktu Indonesia Barat (WIB) dengan sesi taklimat ringkas tentang tatacara dan adab sopan di dalam kawasan istana. Disebabkan delegasi penerima berasal dari Malaysia, taklimat yang pada mulanya dalam Bahasa Jawa itu juga disampaikan dalam Bahasa Melayu. Taklimat dalam Bahasa Kebangsaan disampaikan oleh Utusan DiRaja Sri Susuhunan Karaton Surakarta Hadiningrat, Dato’ Seri Amar DiRaja Dr. Muhamad Rosli Che Wan.

Setelah sesi taklimat selesai, para penerima pingat menjalani raptai bersama perwakilan dari istana. Dalam sesi latihan ini, semua penerima pingat mempelajari tatacara berjalan dan masuk mengadap. Sesi ini sangat penting untuk memastikan semua protokol istana dipatuhi dan tidak terjadi kesalahan ketika sesi penganugerahan sebenar pada sebelah malamnya.

Tepat pukul 8.00 malam, Ke Bawah DYMM ISKS Sultan Pakoe Boewono ke-XIII mencemar duli dan menganugerahkan pingat kebesaran kepada 18 orang rakyat Malaysia. Turut sama menerima pingat pada malam tersebut adalah dua orang ahli jawatankuasa Kelab UMNO Luar Negara cawangan Yogyakarta.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi Kelab UMNO Yogyakarta, saudara Mohd Hafiezulniezam bin Mohd Hasdin, dan juga Naib Pengerusi II Kelab UMNO Yogyakarta, saudara Nazaluddin bin Mat Nazir atas penganugerahan Pingat Setia Mangku Pakoe Boewono (PMP) kepada mereka berdua.

Pengarah MSD, Y.Bhg. Dato’ Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar, yang juga turut sama berada dalam majlis penganugerahan tersebut untuk menerima Darjah Seri Setia Mahkota Pakoe Boewono (SSMP) yang membawa gelaran Dato’ Seri, amat berbangga sekali dengan pencapaian ahli jawatankuasa Kelab UMNO Yogyakarta. Beliau yang ditemui selepas majlis berkata, ini adalah kali pertama mahasiswa Malaysia di Indonesia telah dianugerahkan pingat oleh sultan dan beliau berharap semoga kecemerlangan ini diteruskan oleh cawangan-cawangan lain di Indonesia.

Setelah sesi penganugerahan darjah kebesaran selesai, majlis diteruskan dengan santapan diraja. Semua tetamu dihidangkan dengan masakan asli Jawa yang sungguh enak dan lazat. Majlis selesai kira-kira jam 11.00 malam.


 ..............

Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudara Hafiz, Presiden Kelab UMNO Yogyakarta dan Saudara Naza. Semoga penganugerahan ini membangkitkan semangat semua untuk terus berjaya di masa akan datang. 
..............
 
SUMBER: http://www.kelab-umno.com

Read more...

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH KELAB UMNO INDONESIA

Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara bagi pihak YB Dato' Shabery Cheek mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada seluruh KULN Indonesia yang telah memberi kerjasama serta maklumbalas mengenai pengemaskinian data-data pengerusi serta keahlian kelab masing-masing.

Kelab-kelab UMNO Indonesia juga adalah yang terawal selesai proses pengemaskinian data-data mengenai butiran bagi tahun 2010. Di samping itu mereka juga aktif di dalam menganjurkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat, dan ini telah mendapat pujian dari Pengerusi KULN, YB Dato' Shabery Cheek sendiri.

Setiausaha KULN, En. Shariff Hamid berharap agar prestasi ini dapat diteruskan lagi dan di samping itu dapat menambahkan keahlian bagi kelab masing-masing.


SUMBER: http://www.kelab-umno.com

Read more...

Laporan Karnival Futsal Tahun Baru Kelab UMNO Yogyakarta

Rabu, 6 Januari 2010

Pada 1-3 Januari, Kelab UMNO Yogyakarta telah menganjurkan Karnival Futsal Tahun Baru 2010 yang berlangsung di Lapangan Futsal FK UGM.

Perlawanan ini bertujuan untuk mempupuk semangat kesukanan yang positif dalam kalangan peserta. Selain itu, turnamen ini bertujuan untuk menggali bakat-bakat baru dan menggilap bakat-bakat lama dalam sukan futsal dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Yogyakarta selain menjadi rekreasi bersifat kompetatif.

Turnamen ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Sebanyak 8 pasukan lelaki dan 4 pasukan perempuan menyertai perlawanan ini.

Dalam perlawanan kategori lelaki, pasukan Baracuddas ‘07 merangkul piala kejuaraan dengan berhempas-pulas menjaringkan gol penyamaan 2-2 dengan Naib Johan, Asu ‘08 dan seterusnya memperoleh kemenangan 2-0 pada penentuan penalti.

Juara kategori perempuan, Tiger Lily ’07 juga mengalahkan naib johan, Crazy Bananas dengan jaringan 2-0 pada set penalti setelah minit perlawanan tanpa gol. Tempat ketiga kategori lelaki disandang oleh kumpulan Marlboro

Pada akhir perlawanan, Pengerusi KUMNOY, Saudara Hafiezulniezam menyampaikan hadiah pingat dan piala kejuaraan kepada para pemenang. Acara berakhir pada jam 6.00 petang WIB, 3 Januari 2010.



Read more...

Laporan Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1430 H

Jumaat, 27 November 2009

Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu, Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan Sampaikanlah kabar gembira kepada orang orang yang berbuat baik.
(Surah Al-Hajj: 37)

_______________________________________________

Pada hari Jumaat 27 November 2009, bersamaan 10 Zulhijjah 1430 H, Kelab UMNO Yogyakarta dengan kerjasama UPIMI dan Biro Kerohanian Muslim PKPMI telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidil Adha yang bertempat di Bangunan Yayasan Kanker Indonesia Cabang Yogyakarta.

Ahli Jawatan Kuasa Acara tiba sekitar 5.45 pagi sementelahan Para jemaah tiba sekitar jam 6.30 pagi. Solat sunat Aidil Adha dimulakan sekitar jam 6.45 pagi. Setelah itu, para jemaah pun bersurai, sementara para ahli jawatan kuasa sedang mempersiapkan dewan dan tempat memasak. Sambil menanti daging korban tiba, para AJK acara mempersiapkan bahan masakan seperti memotong bawang, sayur-mayur, memasak pasta rendang, rempah sup, menanak nasi dan sebagainya. Daging kambing tiba sekitar jam 10.30 pagi, manakala daging lembu tiba sekitar jam 12 Tengah hari.

Sebanyak 1 ekor lembu dan 6 ekor kambing tumbang pada Hari Raya Korban tahun ini.


Para AJK bertungkus-lumus memotong dan menyiat daging kambing dan lembu. Acara "Masak Besar" dimulai sekitar jam 3. Skala besar pengunjung turut membantu AJK mempersiapkan masakan. Sekitar Maghrib, acara masak telah pun selesai. Para pengunjung berbondong-bondong tiba untuk solat Maghrib berjemaah dan jamuan pada sebelah malam. Total pengunjung dijangkakan sekitar 170 orang.

Menu sajian pada malam tersebut termasuklah sup sayur, daging masak kicap, rendang daging, sup lembu, sub kambing, es sirap, dan buah tembikai (timun cina). Makanan dihidangkan dalam bentuk "buffe terkawal".

Sambutan berakhir sekitar jam 7.00 malam. Para pengunjung dan AJK menggembleng tenaga membersihkan tempat dan peralatan yang digunakan. Yayasan Kanker Indonesia Cabang Yogyakarta kembali sepi sekitar jam 8.30 malam...

Read more...

Salam Aidiladha

Khamis, 26 November 2009

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu kebaikan yang banyak.Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus.
 Surah Al-Kautsar Ayat 1-3
 _________________________________________________________
 


Kelab UMNO Yogyakarta mengucapkan:

 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1430H

kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.


Read more...

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP