Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Salam Aidilfitri 1431H

Rabu, 8 September 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Di kesempatan ini, Kelab UMNO JOGJAKARTA ingin mengucapkan:




Mereka yang sedang mahupun akan memulakan perjalanan pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.


Bagi mereka yang sedang menikmati keriangan bersama keluarga dan yang tercinta, sentiasa ingatlah mereka yang serba kekurangan.


Bagi mereka yang jauh di perantauan, janganlah bersedih. Sentiasa ingat bahawa ini adalah berjuangan dan pengorbanan yang harus ditempuhi. Hubungilah keluarga yang tercinta di tanah air.


Marilah kita bersama-sama menikmati hari bahagia ini dan saling bermaaf-maafan sesama kita. Yang jauh dirapatkan, yang dekat dieratkan.


Salam Lebaran!

Read more...

Program Bakti Siswa Kelab UMNO Luar Negara 2010

Jumaat, 23 Julai 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, dengab izin Allah s.w.t pada tahun ini satu lagi program bakti sosial akan diadakan.

Nama : Program Bakti Siswa Kelab UMNO Luar Negara 2010
Tempat: Parlimen Jeli, Kelantan.
Tarikh: 23-28 September 2010

Ringkasan program:
23hb - Daftar masuk di Hotel Wira
24hb - Bertolak ke Jeli
27hb - Bertolak ke Tasik Banding dari Jeli
28hb - Bertolak pulang ke PWTC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut untuk acara ini, boleh melawat ke laman Facebook:
http://www.facebook.com/event.php?eid=128271017214972

Sesiapa yang berminat untuk mengikut serta majlis ini, diharap dapat membuat pendaftaran secepatnya. Peserta terdiri dari ahli Kelab UMNO luar negara seluruh dunia dan juga pelajar daripada IPTA tempatan.

Bayaran penyertaan adalah percuma.

Sekian, terima kasih.

Read more...

Majlis Makan Malam Istiadat bersama Sultan Solo ISKS Pakoe Boewono XIII

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 7 Julai yang lalu, seramai 50 orang pelajar; 26 orang dari Solo, 14 orang dari Jogja dan 10 orang dari Jakarta, telah menghadiri Majlis Makan malam bersama Sultan Solo ISKS Pakoe Boewono XIII, bertempat di Hotel Novotel, Solo.

Majlis yang turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak itu bertujuan sempena meraikan Hari naik takhta Sultan Solo ISKS Pakoe Boewono XIII.

Dalam pada itu, beberapa orang daripada rombongan Malaysia dan pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Solo dan Jogja juga telah mendapatkan pingat daripada Sultan Solo tempoh hari, turut diraikan dalam majlis tersebut.

Majlis yang diadakan penuh istiadat ini menggunakan tema Black suit, Bow tie atau Tuxedo bagi lelaki dan perempuan memakai pakaian Baju Kurung kebangsaan Malaysia, kebaya mahupun gaun malam.

Dikesempatan ini, Kelan UMNO jogjakarta ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas penerimaan pingat individu-individu tertentu.








Read more...

TAHNIAH DI ATAS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN KE BAWAH DYMM IKSS BOEWONO KE-XIII

Khamis, 6 Mei 2010

Pada hari Sabtu, 1 Mei 2010 yang lalu, telah berlangsungnya Malam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena Hari Naik Takhta DYMM Sultan Pakoe Boewono, sultan bagi wilayah Solo, Indonesia.
Majlis Istiadat ini bertempat di Karaton Surakarta, Hadiningrat, Baluwarti-Solo, Indonesia. 

Pengerusi Kelab UMNO Yogyakarta, saudara Mohd Hafiezulniezam  bersama Y.Bhg. Dato’ Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar dan isteri.



Naib Pengerusi II Kelab UMNO Yogyakarta, saudara Nazaluddin bersama Y.Bhg. Dato’ Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar dan isteri.


Majlis dimulakan sekitar pukul 6.00 petang Waktu Indonesia Barat (WIB) dengan sesi taklimat ringkas tentang tatacara dan adab sopan di dalam kawasan istana. Disebabkan delegasi penerima berasal dari Malaysia, taklimat yang pada mulanya dalam Bahasa Jawa itu juga disampaikan dalam Bahasa Melayu. Taklimat dalam Bahasa Kebangsaan disampaikan oleh Utusan DiRaja Sri Susuhunan Karaton Surakarta Hadiningrat, Dato’ Seri Amar DiRaja Dr. Muhamad Rosli Che Wan.

Setelah sesi taklimat selesai, para penerima pingat menjalani raptai bersama perwakilan dari istana. Dalam sesi latihan ini, semua penerima pingat mempelajari tatacara berjalan dan masuk mengadap. Sesi ini sangat penting untuk memastikan semua protokol istana dipatuhi dan tidak terjadi kesalahan ketika sesi penganugerahan sebenar pada sebelah malamnya.

Tepat pukul 8.00 malam, Ke Bawah DYMM ISKS Sultan Pakoe Boewono ke-XIII mencemar duli dan menganugerahkan pingat kebesaran kepada 18 orang rakyat Malaysia. Turut sama menerima pingat pada malam tersebut adalah dua orang ahli jawatankuasa Kelab UMNO Luar Negara cawangan Yogyakarta.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi Kelab UMNO Yogyakarta, saudara Mohd Hafiezulniezam bin Mohd Hasdin, dan juga Naib Pengerusi II Kelab UMNO Yogyakarta, saudara Nazaluddin bin Mat Nazir atas penganugerahan Pingat Setia Mangku Pakoe Boewono (PMP) kepada mereka berdua.

Pengarah MSD, Y.Bhg. Dato’ Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar, yang juga turut sama berada dalam majlis penganugerahan tersebut untuk menerima Darjah Seri Setia Mahkota Pakoe Boewono (SSMP) yang membawa gelaran Dato’ Seri, amat berbangga sekali dengan pencapaian ahli jawatankuasa Kelab UMNO Yogyakarta. Beliau yang ditemui selepas majlis berkata, ini adalah kali pertama mahasiswa Malaysia di Indonesia telah dianugerahkan pingat oleh sultan dan beliau berharap semoga kecemerlangan ini diteruskan oleh cawangan-cawangan lain di Indonesia.

Setelah sesi penganugerahan darjah kebesaran selesai, majlis diteruskan dengan santapan diraja. Semua tetamu dihidangkan dengan masakan asli Jawa yang sungguh enak dan lazat. Majlis selesai kira-kira jam 11.00 malam.


 ..............

Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudara Hafiz, Presiden Kelab UMNO Yogyakarta dan Saudara Naza. Semoga penganugerahan ini membangkitkan semangat semua untuk terus berjaya di masa akan datang. 
..............
 
SUMBER: http://www.kelab-umno.com

Read more...

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH KELAB UMNO INDONESIA

Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara bagi pihak YB Dato' Shabery Cheek mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada seluruh KULN Indonesia yang telah memberi kerjasama serta maklumbalas mengenai pengemaskinian data-data pengerusi serta keahlian kelab masing-masing.

Kelab-kelab UMNO Indonesia juga adalah yang terawal selesai proses pengemaskinian data-data mengenai butiran bagi tahun 2010. Di samping itu mereka juga aktif di dalam menganjurkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat, dan ini telah mendapat pujian dari Pengerusi KULN, YB Dato' Shabery Cheek sendiri.

Setiausaha KULN, En. Shariff Hamid berharap agar prestasi ini dapat diteruskan lagi dan di samping itu dapat menambahkan keahlian bagi kelab masing-masing.


SUMBER: http://www.kelab-umno.com

Read more...

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP