UMNO Goes Green’ 2012
Sabtu, 26 Januari 2013
Biro
Pembangunan Ekonomi Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta telah mengadakan
kempen kempen kitar semula bertema 'UMNO Goes Green' bersempena dengan sambutan
Hari Bumi Sedunia 2012. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran
individu terutamanya di kalangan ahli dalam menjaga lingkungan ke arah
persekitaran yang lebih hijau dan sihat. Kempen telah dilancarkan pada 23 April
2012. Sepanjang seminggu berkempen, ahli-ahli kelab digalakkan untuk mengumpul
kertas, buku terpakai, kotak, botol plastik dan tin aluminium di Pogung Baru
C18.
Rangka
promosi giat dijalankan melalui pengumuman dan penerbitan poster di laman
sesawang Facebook di samping mengemaskini status dengan fakta-fakta menarik
berkaitan manfaat dari kitar semula secara periodik dalam rangka merancakkan
suasana kempen. Ahli biro juga turut mengambil inisiatif untuk mengumpul
botol-botol plastik dari gelanggang futsal sepanjang Kejohanan Futsal UMNO Cup
dengan bantuan Biro Tugas-Tugas Khas. Kempen telah berjaya mengutip Rp104,000
hasil jualan barang-barang kitar semula ke toko daur ulang. Kesemua wang
terkumpul disalurkan ke akaun kelab untuk pendanaan aktiviti akan datang. Biro
Pembangunan Ekonomi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang
telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kempen ini.
Diharapkan agar kempen ini berjaya mencapai matlamat dalam menyemai semangat
cintakan alam sekitar dan menjadi titik tolak untuk menyelamatkan bumi kita.
Read more...