Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Tayangan ‘Tears Of Gaza’

Sabtu, 26 Januari 2013





Pada tanggal 22 Jun 2012, Kelab UMNO Yogyakarta (KUY) telah mengadakan tayangan yang bertajuk ‘Tears Of Gaza’. Tayangan ini telah dianjurkan dibawah pengelolaan exco keagamaan dan kerohanian KUY yang bertujuan untuk menghimpun para pelajar yang berada di fakultas kedokteran Universitas Gadjah Mada (UGM) tidak mengira kaum dan agama. Tayangan yang berbentuk dokumentasi ini dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap saudara-saudara kita yang berada di Palestin dimana hidup mereka berada di dalam kesempitan dan tertindas oleh pihak zionis. Hal demikian berlaku kerana kurangnya kepekaan terhadap individu sendiri kerana mereka sering mendengar verita tentang isu-isu pengeboman di Palestin namun mereka langsung tidak menghirau tentang keadaan rakyat di sana. Tambahan pula, tayangan ini dilakukan sebagai salingan atau ‘follow-up’ terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan oleh persatuan Ukhwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia (UPIMI) Yogyakarta.
Aktiviti yang berlangsung pada 22 Jun bersamaan hari jumaat telah diadakan di ruang kuliah fakultas kedokteran UGM  yang berlangsung di sebelah malam dimana  acara ini bermula pada jam 8.00 malam. Terdapat jualan makanan seperti kuih dan aiskrim Malaysia serta disediakan minuman untuk tetamu yang hadir. Aktiviti ini telah dihadiri oleh 50 mahasiswa UGM termasuk pelajar Malaysia dan Indonesia. Tayangan yang berlansung selama 80 minit ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kesedaran para mahasiswa dalam berkontribusi untuk warga Palestin dengan menginfakkan harta mereka. Setelah tayangan tamat, seorang pelajar telah di panggil untuk berkongsi pengajaran yang telah diperoleh dan memberi cadangan untuk membantu saudara-saudara yang berada di Palestin. Acara ini bersurai pada 10.00 malam dengan bacaan bacaan surah al-asr dan kafaratul Majlis sebagai penutup aktiviti pada malam tersebut.
Dengan berakhirnya aktiviti tersebut, exco keagamaan dan kerohanian KUY berharap para peserta dapat menyerap sebanyak pengetahuan dan lebih peka terhadap kondisi rakyat Palestin yang sehingga hari ini  masih ditindas oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan. Akhir kata, semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan.

0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP