Tayangan ‘Tears Of Gaza’
Sabtu, 26 Januari 2013
Pada tanggal 22 Jun
2012, Kelab UMNO Yogyakarta (KUY) telah mengadakan tayangan yang bertajuk ‘Tears Of Gaza’. Tayangan ini telah
dianjurkan dibawah pengelolaan exco keagamaan dan kerohanian KUY yang bertujuan
untuk menghimpun para pelajar yang berada di fakultas kedokteran Universitas
Gadjah Mada (UGM) tidak mengira kaum dan agama. Tayangan yang berbentuk
dokumentasi ini dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap saudara-saudara
kita yang berada di Palestin dimana hidup mereka berada di dalam kesempitan dan
tertindas oleh pihak zionis. Hal demikian berlaku kerana kurangnya kepekaan
terhadap individu sendiri kerana mereka sering mendengar verita tentang isu-isu
pengeboman di Palestin namun mereka langsung tidak menghirau tentang keadaan
rakyat di sana. Tambahan pula, tayangan ini dilakukan sebagai salingan atau ‘follow-up’ terhadap aktiviti yang telah
dilaksanakan oleh persatuan Ukhwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia (UPIMI)
Yogyakarta.
Aktiviti yang
berlangsung pada 22 Jun bersamaan hari jumaat telah diadakan di ruang kuliah
fakultas kedokteran UGM yang berlangsung
di sebelah malam dimana acara ini
bermula pada jam 8.00 malam. Terdapat jualan makanan seperti kuih dan aiskrim
Malaysia serta disediakan minuman untuk tetamu yang hadir. Aktiviti ini telah
dihadiri oleh 50 mahasiswa UGM termasuk pelajar Malaysia dan Indonesia.
Tayangan yang berlansung selama 80 minit ini sedikit sebanyak telah
meningkatkan kesedaran para mahasiswa dalam berkontribusi untuk warga Palestin
dengan menginfakkan harta mereka. Setelah tayangan tamat, seorang pelajar telah
di panggil untuk berkongsi pengajaran yang telah diperoleh dan memberi cadangan
untuk membantu saudara-saudara yang berada di Palestin. Acara ini bersurai pada
10.00 malam dengan bacaan bacaan surah al-asr dan kafaratul Majlis sebagai
penutup aktiviti pada malam tersebut.
Dengan berakhirnya
aktiviti tersebut, exco keagamaan dan kerohanian KUY berharap para peserta
dapat menyerap sebanyak pengetahuan dan lebih peka terhadap kondisi rakyat
Palestin yang sehingga hari ini masih
ditindas oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan. Akhir kata, semoga
aktiviti-aktiviti seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan.
0 comments:
Catat Ulasan