Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

UMNO Family Bowl

Sabtu, 4 Ogos 2012



Tanggal 17 Mei 2012 yang lalu (Khamis), telah diadakan Hari Keluarga UMNO Yogyakarta, yang menghimpunkan hampir sebahagian ahli UMNO di Yogyakarta. Hari keluarga ini diberi nama ‘UMNO Family Bowl’. Aktiviti yang diadakan adalah perlawanan boling antara ahli-ahli UMNO. Memandangkan Yogyakarta tidak mempunyai pusat boling yang tersendiri, maka aktiviti ini diadakan di Begawan Sport CenterSolo City. Perjalanan dengan menggunakan bas memakan masa hampir dua jam setengah. Ahli UMNO bertolak dari Fotokopi Narita, Yogyakarta pada jam 1.00 petang dan tiba ke destinasi tujuan pada jam 3.30 petang. Seramai 40 orang ahli yang menyertai kegiatan ini, dan setiap pasukan dibahagikan kepada empat orang ahli, menjadikan jumlah pasukan yang bertanding dalam perlawanan boling ini adalah 10 pasukan. Pertandingan dimulakan pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 9.00 malam.
           
Pertandingan yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli UMNO, meskipun tidak semua ahli yang dapat melibatkan diri dalam aktiviti ini. Di samping itu, aktiviti ini juga diharapkan dapat mengukuhkan perpaduan sesama ahli, khususnya antara orang Melayu, bak kata pepatah yang berbunyi ‘bersatu teguh,bercerai roboh’ atau ‘ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua’. Melalui kegiatan ini, kerjasama antara ahli juga dapat   disemai, ‘ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’. Aktiviti seumpama ini juga diharapkan dapat melahirkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan ahli UMNO.

Setiap pasukan bermain sebanyak empat pusingan, dan hanya markah tertinggi daripada tiga pusingan sahaja yang dikira. Setiap ahli diminta membayar 20 000 Rp sebagai wang pengangkutan, sebaliknya segala perbelanjaan lain ditanggung sepenuhnya oleh Kelab UMNO Yogyakarta. Melalui corak permainan yang ditunjukkan, kehebatan ahli-ahli bermain boling sememangnya tidak dapat disangkal lagi. 

Kemenangan akhirnya berpihak kepada kumpulan Strikers, yang terdiri daripada angkatan 2007, diikuti kumpulan Pedo and The Bears, dan PBnJ

Pemain terbaik lelaki : Mohd Hanif,
Tempat kedua:  Amir Danial
Tempat ketiga dimenangi : Izhar Ismail. 

Pemain terbaik wanita : Nur Amalina Ariff, 
Tempat kedua : Syafiqah Latif 
Tempat ketiga :  Nurul Izyan Rahmat.
           


0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP