Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

UMNO CUP 2012

Sabtu, 4 Ogos 2012



Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta(KUY)  telah menganjurkan UMNO Cup 2012 pada 28 dan 29 April 2012 yang lalu. Kejohanan yang danjurkan dibawah kelolaan Biro Sukan dan Rekreasi KUY ini bertujuan  untuk menghimpunkan pelajar-pelajar Malaysia dan juga pelajar Indonesia dalam satu acara sukan selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar Malaysia disamping memupuk semangat  ‘1MALAYSIA’ serta melahirkan generasi muda yang sihat dan mempunyai sifat daya saing.
Kejohanan yangan berlansung selama 2 hari ini telah disertai oleh 9 pasukan lelaki dan 5 pasukan perempuan yang terdiri daripada mahasiswa –mahasiswa Malaysia dan mahasiswa Indonesia Program Internasional Fakultas Kedokteran Universitas Gadjah Mada.

Pada 28 April 2012, pertandingan dijalankan di Golden Goal Futsal Court bermula pada pukul 11 pagi hingga 8 malam bagi peringkat kumpulan. Sebanyak 26 perlawanan  peringkat kumpulan telah dijalankan.
Berikut adalah keputusan penuh setiap kumpulan.
Kumpulan A
Pasukan
Menang
Seri
Kalah
Jaringan
Bolos
Mata
Da King
3
1
0
16
5
10
Supernatural
3
0
1
10
3
9
Flashbang
2
1
1
10
7
7
INTERMED 09
0
1
3
3
13
1
INTERMED 10
0
1
3
5
16
1

Kumpulan B
Pasukan
Menang
Seri
Kalah
Jaringan
Bolos
Mata
Team 08
1
2
0
4
2
5
Black&White
1
1
1
1
1
4
Vincere FC
1
1
1
5
6
4
I-MED 11
0
2
1
4
5
2

Perempuan
Pasukan
Menang
Seri
Kalah
Jaringan
Bolos
Mata
Da Kikz
4
0
0
4
0
12
Starshooters
2
1
1
3
1
7
Ant-Eaters
1
2
1
1
1
5
I-MED 11 GIRL B
1
0
3
1
3
3
I-MED 11 GIRL A
0
1
3
0
4
1

Pada 29 April 2012, pertandingan peringkat separuh akhir lelaki dan pertandinagn akhir lelaki dan perempuan telah diadakan di Kedai Futsal Manggung bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pada peringkat separuh akhir pertama Pasukan Black & White telah menewaskan Da King 2-0 untuk ke pertandingan akhir bertemu Team 08 yang menewaskan Supernatural 2-0. Di perlawanan akhir, pasukan Black & White telah menewaskan Team 08 dengan jaringan 1-0 untuk bergelar juara bagi kejohanan kali ini. Manakala bagi kategori perempuan, Pasukan Da Kikz telah menewaskan Starshooters 1-0 di perlawanan akhir. Pasukan Ant – Eaters di tempat ketiga.
 Keputusan Penuh
Kategori Lelaki
Johan                    :Black & White
Naib Johan          : Team 08
Ketiga                   :Da King

Pemain Terbaik          : Vinayagaraj Ravindran (Black & White)
Penjaring terbanyak :Nicholas Arvind   ( Supernatural)

Kategori Perempuan

Johan                    : Da Kikz
Naib Johan          : Starshooters
Ketiga                   : Ant- Eaters

Pemain Terbaik                 : Hema Ramany (Da Kikz)
Penjaring Terbanyak      :Eshabell Wee  (Starshooters)

Sekalung penghargaan disampaikan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan UMNO Cup 2012 sehingga kejohanan kali ini berjalan dengan lancar dan penuh meriah. Diharapkan kejohan seperti ini dapat lagi dianjurakan dengan lebih baik pada tahun berikutnya.

0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP