Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Festival Sukan 3 Penjuru dan Malam Kebudayaan 1Malaysia 2011-Pengenalan

Rabu, 13 April 2011

Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera.


Festival Sukan & Malam Kebudayaan 1Malaysia  merupakan satu program anjuran Kelab UMNO Luar Negara Cawangan (KULN) Yogyakarta yang melibatkan ahli Kelab UMNO dari cawangan yang  berdekatan iaitu dari Solo, Malang dan Surabaya . Penganjuran kali ketiga ini membuka lembaran baru kerana penyertaan dari Solo untuk julung kalinya.

Program pertama yang diadakan adalah Festival Sukan yang meliputi acara futsal, badminton, bola tampar, “indoor games” dan acara sukan tradisional. Diharap Festival Sukan ini dapat mumupuk semangat perpaduan bukan sahaja sesama ahli di dalam cawangan yang sama malahan integrasi nasional di antara KULN itu sendiri.

Pada sebelah malamnya akan diadakan Malam Kebudayaan 1Malaysia yang dilihat dapat memberikan para peserta peluang untuk menonjolkan bakat dalam bidang seni. Antara bentuk kesenian yang dipersembahkan adalah dikir barat, zapin dan Joget Pahang. Akan tetapi, pihak panitia akan cuba memasukkan beberapa acara kesenian lain yang dianggap sesuai seperti tarian daripada pelbagai bangsa sebagai platform untuk mempromosi budaya Malaysia secara amnya.

Program ini juga diharap mempromosi nama Malaysia  di samping melahirkan generasi muda yang berkualiti dan selaras dengan aspirasi Negara ke arah Malaysia yang lebih maju, sejahtera aman dan makmur.


OBJEKTIF FESTIVAL SUKAN& MALAM KEBUDAYAAN 1MALAYSIA

1. Menghimpunkan ahli KULN UMNO Blok Timur Jawa di bawah satu acara.
2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli KULN Yogyakarta sesama KULN Surabaya, Malang dan Solodi samping mumupuk semangat ‘1MALAYSIA’.
3. Memupuk semangat kesukanan
4. Melahirkan generasi muda yang sihat dan mempunyai sifat daya saing.
5. Menyemai minat dan sifat cintakan warisan budaya dan kesenian Malaysia.

ORGANISASI



SENARAI ACARA FESTIVAL SUKAN & MALAM KEBUDAYAAN 1MALAYSIA

1 Pertandingan Futsal
2 Pertandingan Badminton
3 Pertandingan Bola Tampar
4 Pertandingan Permainan Tradisional (Congkak Dan Batu Seremban)
5 Malam Kebudayaan 1 Malaysia (Persembahan Kebudayaan)

MASA DAN LOKASI FESTIVAL SUKAN & MALAM KEBUDAYAAN 1 MALAYSIA
FESTIVAL SUKAN & MALAM KEBUDAYAAN 1MALAYSIA 2011 akan diadakan pada:

Hari : Sabtu
Tarikh : 16 April 2011
Lokasi
a) Depok Sports Centre
b) Planet Futsal
c) Gelanggang Olahraga UNY
d) Ruang Auditorium 1, Gedung Ismangoen, Fakultas Kedokteran UGM
e) Asrama Haji Yogyakarta
f) Pandan Garden Resto

0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP