Laporan Kejuaraan Futsal Piala UMNO 2011
Selasa, 8 Mac 2011
Demi hasrat mempromosikan gaya hidup sihat dan semangat sukan kompetatif yang konstruktif dan positif, maka, pada 5 hingga 6 Mac 2011, Kelab UMNO Yogyakarta melalui Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Kejuaraan Terbuka Piala UMNO 2011.
Selain daripada objektif tersebut di atas, Kelab UMNO Yogyakarta juga berharap kejuaraan ini dapat memupuk hubungan silaturrahum yang lebih erat antara para pelajar Malaysia di Yogyakarta, serta mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti riadah yang berfaedah.
Kejuaraan ini diadakan di Soccer Futsal KM 6.4. Sejumlah 7 pasukan lelaki menyertai Kejuaraan ini. Pertandingan berlangsung daripada jam 7 pagi hingga 1 petang pada 5 Mac untuk peringkat kumpulan, di mana setiap pasukan berentap melawan 6 pasukan lain.
Perlawanan semi-final dan final diadakan dari jam 11 pagi hingga 2 petang pada 6 Mac. Pada babak semi-final, 1-Cork Team menumpaskan Supernatural, manakala Unathletic Madrid menumpaskan Gan's Team untuk mara ke final. Gan's Team telah merangkul tempat ke-3 dengan menewaskan Supernatural pada pusingan penentuan tempat ke-3.
Pada perlawanan Final, 1-Cork Team memberikan aksi gemilang dengan mendahului 4-1 sehinggalah Unathletic Madrid menyamakan kedudukan dengan 3 siri gol beberapa minit terakhir. Unathletic Madrid kemudiannya mengesahkan diri sebagai Juara Futsal Piala UMNO 2011 pada babak penalti dengan 2 gol berbalas 1 daripada 1-Cork Team. Muhammad Amir Zakwan mencatat rekod penjaring gol terbanyak dengan 10 gol sepanjang Kejuaraan.
Kelab UMNO Yogyakarta berbesar hati dengan berlangsungnya kejuaraan tersebut dan turut berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Tahniah kepada para pemenang dan pemain yang memberikan dukungan dan semangat yang positif. Tahniah dan terima kasih juga kepada para AJK KUY kerana menjayakan Kejuaraan Futsal Piala UMNO 2011. Semoga kita semua telah mencapai matlamat yang dihasratkan, dan semoga kejuaraan ini dapat diteruskan pada masa mendatang.
0 comments:
Catat Ulasan