Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Ucapan Ketua KUY (minggu 2)

Rabu, 5 Januari 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Dah dekat 16 hari saya jadi ketua... Duduk bertapa dalam bilik je... Sunyi... Mesti ahli-ahli kelab fikir lepas saya jadi ketua, saya terus menghilangkan diri... mesti ada orang kata: "alah dia tu, pilihan raya je tunjuk muka, pastu tak nampak nampak batang hidung"...Hahaha...

Ada beberapa perkara yang datang kepada saya... Baru jadi ketua, ada la tahu sedikit sebanyak... Tapi "knowing too much can make you hurt" (Fight For This Love - Cheryl Cole)...hahahah~ Saya pilih untuk biarkan perkara-perkara yang di luar tangan saya, hanya sekadar mengetahui sudah cukup tapi saya still rasa tak sedap... terganggu, tapi saya tegarkan untuk fokus... chewwah (jadi tempat curhat pulak blog Kelab UMNO ni)~!!

Fokus... Fokus... Ramai yang dah baca manifesto saya, tapi mungkin ada yang belum jelas lagi. Saya akan beri penjelasan tentang visi Saya untuk Pengurusan Kelab UMNO 10/12:

  1. Meningkatkan transparensi kewangan dan pentadbiran.
  2. Membahagi perbendaharaan secara adil berdasarkan prinsip sosialisme.
  3. Menambah pai perbendaharaan untuk dikongsi.
  4. Menjaga kebajikan ahli, ahli aktif dan AJK.
  5. Menggiatkan aktiviti penerangan ke tahap maksimum.
  6. Meningkatkan aktiviti kesukanan, kebudayaan, dan kebajikan.
  7. Memaksimumkan penggunaan rumah UMNO.
p/s: Untuk tujuan meningkatkan transparensi pentadbiran, dan menguatkan penerangan, kedua-dua setiausaha, (SU Pentadbiran dan SU Eksekutif) dan Ketua Penerangan dilantik dari kalangan AJK yang diundi, walaupun mengikut perlembagaan, SU dan Ketua Penerangan adalah lantikan ketua, bukan daripada undian.


Apa pun, saya ada beberapa perkara nak bagitau tentang perkembangan Kelab UMNO selama 2 minggu pertama... Saya dan AJK akan sentiasa kemas kini perkembangan selepas ini. Untuk 3 bulan ke hadapan, kemas kini minimun 1 bulan sekali, dan untuk bulan berikutnya, kemas kini minimum 7 minggu sekali.



MINGGU 1:

Umum:
  • 37 AJK dari kalangan yang diundi sewaktu Persidangan Tahunan Cawangan mahupun yang lantikan, disusun dalam jawatan-jawatan dalam Kelab UMNO.
  • Perancangan tahunan untuk penerangan, perbendaharaan, pentadbiran dan eksekutif.
  • Pembahagian Bidang Tugas dan Kuasa.
  • Perancangan Desentralisasi Aktiviti Kecil dan Sederhana.
  • Penggunaan Wang Untuk Persidangan Tahunan Cawangan =
Pentadbiran:
  • Minit Mesyuarat Persidangan Tahunan Cawangan kali ke-14 diselesaikan.
  • Data keahlian dikemaskini.
  • Daftar Bidang Tugas dan Senarai Tanggungjawab Umum AJK dicetak.
  • Surat Tahniah dan Perlantikan AJK dicetak.
  • Rancangan untuk Mesyuarat AJK Bertemu Muka Kali Pertama.
  • Penubuhan Group Mesyuarat AJK KUY untuk memudahkan mesyuarat dan suara AJK dilakukan tanpa bersua muka.
Perbendaharaan:

  • Lantikan EXCO Pembangunan Ekonomi
  • Kemas kini akaun Kelab
  • Peralihan akaun Bendahari daripada Nasrul Ghazali kepada Ras Effa Elvana Apani.
Eksekutif:
  • Perlantikan bersama-sama dengan ketua mencari AJK untuk biro masing-masing.
  • Rancangan Aktiviti Tahunan dan Belanjawan.
Penerangan:
  • Peningkatan aktiviti di FB.
  • kemas kini blog.
  • Memberikan kuasa kepada Biro Dokumentasi untuk mengawal FB Kelab.

MINGGU 2

Umum:
  • Peralihan kunci Rumah UMNO.

Pentadbiran:

  • Proposal Umum untuk Aktiviti Kebajikan ditulis
  • Cop baru dan alat tulis pejabat dibeli

Perbendaharaan:
  • Draf Rancangan Perbelanjaan Kewangan dan Draf Rancangan Peningkatan Perbendaharaan dibuat.
  • Buku Resit Rasmi dan Buku Pernyataan Pembayaran dicetak.

Eksekutif:
  • Senarai Definisi Aktiviti dicetak.
  • Mesyuarat Bahagian Eksekutif dilaksanakan, untuk mengumpul idea sebelum dibincangkan dalam mesyuarat semua AJK kelak.

Penerangan:
  • Banner Umum Kelab UMNO sebanyak 5 helai.

Perbelanjaan 2 Minggu Pertama:
  1. Pilihan Raya dan SPR = Rp 187 400
  2. Persidangan Tahunan Cawangan = Rp 1 127 500
  3. Cop, Alat Tulis, Banner Umum, dan Fotokopi Pentadbiran = Rp 229 700


0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP