Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Selamat Tahun Baru

Jumaat, 31 Disember 2010



Selamat Tahun Baru 2011 Masihi Daripada Kelab UMNO Yogyakarta~!



Read more...

TAHNIAH HARIMAU MALAYA~!

Ahad, 26 Disember 2010




Alhamdulillah...

Malaysia menang aggregate 4-2 untuk Final Piala AFF Suzuki...


Tahniah Harimau Malaya~!



Read more...

Mesyuarat Agong Tahunan kali ke-14 (Gambar)

Selasa, 21 Disember 2010
















Read more...

Mesyuarat Agong Tahunan kali ke-14 (Kata – Kata Aluan Setiausaha Kelab UMNO Yogyakarta sessi 09/10)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat ALLAH S.W.T, Tuhan Sekalian Alam, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Raja Hari Pengadilan. Dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat melaksanakan Persidangan Tahunan Kelab UMNO Yogyakarta sesi 2009/2010 pada tahun ini. Selawat dan salam ke atas Muhammad S.A.W, para nabi dan salihin. Semoga kita dikurniakan dengan kurniaan yang dipohon oleh mereka, dan dilindungi dari segala petaka yang dijauhkan daripada mereka.


Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli Kelab UMNO yang turut hadir dalam Persidangan Tahunan kali ke 13 ini. Terima kasih kepada semua AJK yang telah membantu saya dalam urusan pentadbiran KUY. Tak lupa kepada boss saya, abang Hafiezulniezam dan abang Shah, kerana telah mempercayai saya untuk menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan sepanjang sessi 2009/10 ini. Terima kasih kepada Nur Hafizuddin, kerana selalu meringankan beban saya, sebagai kawan dan juga sebagai naib Setiausaha.

Saya berdiri pagi ini, untuk memulangkan amanah saya pegang selama ini kepada kalian. Saya percaya, saya mempunyai kekurangan besar, dan kalian akan menilai prestasi saya sepanjang saya menjadi SU dalam sessi ini, maka saya tak perlu berbicara panjang mengenai hal-hal pentadbiran. Saya mahu menegaskan pentadbiran menjadi tiada rerti tanpa muafakat antara kita, semangat saling menolong, toleransi, transparensi, saling percaya, amanah dan kejujuran.

Maka, tingkatkanlah muafakat untuk kesejahteraan kita bersama dan sokonglah semua aktiviti yang dianjurkan Kelab UMNO Yogyakarta. Salurkan bakat pengurusan kalian melalui sungai kerjasama antara kita, untuk sampai ke lautan yang luas.

Sekian, terima kasih.

(IMRAN AZWAN BIN AZIZAN)
Setiausaha Kelab UMNO Yogyakarta 2009/10

Read more...

Mesyuarat Agong Tahunan kali ke-14 - Kata – Kata Aluan Pengerusi Kelab UMNO Yogyakarta sessi 09/10

Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, pengurusan Kelab UMNO Yogyakarta sessi 2009/10 akan berakhir dengan jayanya. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan kepengurusan atas penyertaan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang sessi lepas. Tahniah juga saya ucapkan kepada mereka kerana telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang dan penuh dedikasi demi misi dan visi kelab. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada semua ahli kelab atas mandat yang telah diberikan kepada kami untuk menerajui KUY sessi lepas.

Di sini, ingin saya lahirkan rasa bangga apabila melihat kemajuan dan kecemerlangan yang telah dikecapi, sehingga nama Kelab UMNO Yogyakarta telah dikenali dan dikagumi umum. Suka saya nyatakan bahawa kita telah dijadikan sebagai kelab contoh oleh beberapa Kelab UMNO Luar Negara lainnya. Jika suatu ketika dahulu, nama Kelab UMNO Yogyakarta dianggap setara atau sejajar dengan kelab-kelab UMNO lain di Indonesia, namun secara hakikatnya KUY kini telah berjaya mengorak langkah lebih maju kehadapan; dan nama Yogyakarta kini sering menjadi sebutan dan kekaguman oleh kelab-kelab UMNO lainnya seluruh dunia.

Semua tujuan dan matlamat ini telah dicapai dengan wujudnya persefahaman, kesepakatan, kesatuan dan perpaduan dari kalangan ahli kelab sendiri. Semangat dan perpaduan yang seperti ini juga cuba kita terapkan dalam setiap individu, terutama di kalangan ahli KUY khususnya. Selain itu, segala misi dan visi kelab tetap harus diteruskan dan diterapkan dalam diri kita dan dijadikan sebagai asas dan tunggak KUY di masa hadapan. Misi dan visi yang paling utama, iaitu dalam menjaga kebajikan semua pelajar serta menjaga perpaduan di antara mereka haruslah kita utamakan dan selalu dijadikan landasan perjuangan kita di sini. Di samping itu, KUY juga bertujuan untuk melahirkan generasi yang aktif, bertanggungjawab, dan cemerlang bukan sahaja dari segi berpersatuan, malah dari aspek akademik dan sosialisasi. Kita mahu nama Yogyakarta dikenali, bukan kerana kuantitinya yang ramai, tetapi dari segi kualiti ahlinya.

Dalam Persidangan Agung UMNO baru-baru ini, nama KUY sering menjadi buah bibir di kalangan kelab-kelab UMNO lainnya. Mereka memandang tinggi kebolehan dan kemampuan kita. Walau bagaimanapun, jangan sekali-kali kita menganggap perjuangan kita telah selesai, kerana hakikatnya, masih banyak yang perlu diperbaiki dan dicapai dalam usaha menaikkan dan memantapkan lagi nama Kelab UMNO Yogyakarta. Walaupun nama Kelab UMNO Yogyakarta kini dikatakan gah berada di mata dunia, kita tetap harus buktikan kepada mereka bahawa ahli Kelab UMNO Yogyakarta ini selain aktif dan berkaliber dalam aktiviti kelab, namun tujuan asal kedatangan kita di sini demi membawa pulang segulung ijazah tetap menjadi keutamaan, dalam usaha melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari segi akademik, dan mampu menggemilangkan nama negara di manapun kita berada. Teruskanlah perjuangan dan jangan pernah merasa puas kerana kejayaan itu bukanlah satu destinasi yang dituju, kejayaan itu adalah satu perjalanan yang jauh.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin memberikan penghargaan setinggi-tingginya kepada seluruh ahli KUY umumnya dan kepada barisan kepengurusan khususnya atas segala kerjasama yang telah diberikan. Tanpa kerjasama semua, adalah mustahil untuk saya bekerja dan melangkah sejauh ini. Bersama kita merealisasikan impian 1Malaysia YAB Perdana Menteri kita, untuk melihat satu perpaduan yang utuh seluruh rakyat Malaysia, walaupun di mana jua kita berada.

Sekian, wassalam.

(MOHD HAFIEZULNIEZAM BIN MOHD HASDIN)
PENGERUSI KELAB UMNO YOGYAKARTA BAGI SESSI 2009/2010.

Read more...

Mesyuarat Agong Tahunan kali ke-14

Assalamualaikum w.t.b

Alhamdulillah, pada 19 desember 2010 yang lalu, satu Persidangan Tahunan, Mesyuarat Agong kali ke -14 telah berjaya diadakan di Ruang Kuliah Lantai 2, Fakultas Kedokteran Umum, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Berikut merupakan tentatif persidangan tersebut.


0900 – 0910
Pendaftaran

0910 – 0920
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PERKEMBAR
Pembukaan oleh Pengerusi Majlis dan penyerahan majlis kepada jurusidang

0920 – 1010
Pengesahan minit mesyuarat tahunan cawangan sesi 2007/2008
Ucapan dan Pembentangan Pengerusi Kelab UMNO Yogyakarta
Pembentangan Laporan Setiausaha dan Bendahari
Sessi Soal Jawab

1010 – 1050
Pilihan Raya Peringkat ke-3.
Pemilihan 9 Ahli Majlis Kerja daripada 16 Calon.

1045 – 1145
Sessi Usul dan Perbahasan Rang Peraturan dan Undang-Undang Kelab bagi Sessi 2010/12

1145 – 1200
Pembubaran Rasmi Pengurusan KUY 2009/2010 dengan Ucapan Presiden 2009/10.

1200 – 1215
Pengisytihatan Penuh Keputusan Pilihan Raya 2010.

1200 – 1235
Ucapan Ketua Pergerakan Sessi 2009/10
Ucapan Ketua Pergerakan 2010/12 dan AJK-AJK baru.

1235 - 1300
Nyanyian Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api)
Bersurai dan makan-makan

Read more...

Pilihan Raya - Berkat kuasa mengundi

Isnin, 20 Disember 2010

Salam.

Hasil pengiraan undi pilihan raya bagi pemilihan Presiden, Timbalan Presiden serta Ahli Majlis Kerja Kelab UMNO cawangan Yogyakarta sessi 2010/2012 yang diadakan pada 7 Oktober hingga 19 Disember lalu adalah seperti berikut:


Undian dilakukan dengan "konsep satu ahli, satu undi", dengan menggunakan kod dan kertas undian.

Jawatan: Presiden
IMRAN AZWAN BIN AZIZAN
(menang tanpa bertanding)

Jawatan: Timbalan Presiden
SHAHRIR BIN SUHAIMI
(undi: 50. undi rosak : 4)

ARIF BAHIYUDDIN BIN BADARUDDIN
(undi: 44)


Ahli majlis Kerja:

  1. Mohd Nasrul Bin Mohd Ghazali (6 undi)
  2. Fakhrul Arifin Bin Abdul Aziz (9 undi)
  3. Nur Hafizuddin Bin Jailani (10 undi)
  4. Celina Azureen (3 undi)
  5. Nur Alia Binti Mod Zaky (1 undi)
  6. Nurul Husna Bt Azmi (7 undi)
  7. Azizi Azri Bin Ngadiran (6 undi)
  8. Muhamad Emran Bin Muhamad Azmi (7 undi)
  9. Muhd Nabil Zakir Mohamad Taher (4 undi)
Calon yang kalah:
  1. Aminuddin Bin Sardi (0 undi)
Calon yang menarik diri daripada pencalonan:
  1. Mohd Azfar Hafiz Bin Azmi
  2. Muhammad Yusuf Zawir Bin Abd Rahim
  3. Nor Atikah Mohammed Na’aim
  4. Mohd Nazirul Shareef Bin Mohd Ridhwan
  5. Nur Hafizah Bt. Amom
  6. Najmuddin Bin Abdul Halim
SPR dan para ahli mengucapkan tahniah kepada para pemenang yang menduduki kerusi panas Kelab UMNO pada sessi kali ini. Diharapkan, anda semua dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan saksama dan sebaik yang mungkin. Jangan pula menjadi seperti 'Harapkan pagar, pagar makan padi'.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli yang mengundi. Tidak dilupakan, SPR yang telah bertungkus lumus menjayakan sessi pilihan raya pada kali ini. Terima kasih daun keladi.
  1. Syazni binti Ahmad Zahidi (Pengerusi SPR)
  2. Nur Hafizuddin bin Jailani (Timbalan Pengerusi SPR)
  3. Mohammad Fazrul bin Mohammad Basir (Timbalan Pengerusi SPR)
  4. Mohammad Nazirul Shareef bin Mohd Ridhwan
  5. Raihan Binti Rozan
  6. Nurul Izyan Binti Rahmat
  7. Nur Alia Binti Mod Zaky
  8. Muhamad Emran bin Muhamad Azmi
  9. Celina Azureen
  10. Nurul Husna Bt Azmi
Sekian laporan pilihan raya bagi pemilihan Jawatankuasa Sessi 2010/2012.
Sekian terima kasih.

Read more...

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP