Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1430 H

Khamis, 12 November 2009

Kepada Mahasiswa-Mahasiswi Islam yang dirahmati Allah S.W.T

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sehubungan perkara di atas, Kelab UMNO Yogyakarta dengan kerjasama UPIMI dan Biro Kerohanian Muslim PKPMI-CY akan mengadakan Solat Sunat dan Sambutan Hari Raya Aidil Adha sempena Hari Raya Haji 1430 H. Berikut adalah detail acara tersebut:

Hari : Jumaat
Tarikh : 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 H

Tempat:
Yayasan Kanker Indonesia Cabang Yogyakarta, Sendowo Block G-hujung, Sleman


Kehadiran saudara/i sekalian amat kami alu-alukan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidil Adha serta mengeratkan lagi silaturrahmi dan kekeluargaan Mahasiswa Islam Malaysia di Indonesia.

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

p/s: Jangan lupa bawa sejadah anda~!

0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP