Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Laporan Acara “Focus Group Discussion Mengenal Lebih Dekat”

Ahad, 15 November 2009

Pada hari ahad 15 November 2009, Divisi Penelitian dan Pengembangan Bulaksumur Pos telah mengundang mahasiswa Malaysia yang tergabung dalam kelab UMNO Yogyakarta untuk menghadiri acara “Focus Group Discussion – Mengenal Lebih Dekat” yang dianjurkan oleh Bulaksumur Pos. Bulaksumur Pos merupakan suara media mahasiswa yang terkenal di UGM.

Focus Group Discussion ini diadakan di Ruang Seminar Barat Fakultas Ilmu Sosial dan Politik UGM pada pukul 2.00 – 4.10 petang.

Tujuan acara ini diadakan adalah untuk menjalin hubungan persahabatan antara Bulaksumur Pos dan mahasiswa Malaysia di UGM dalam rangka penelitian media mereka.

Seramai 20 orang mahasiswa Malaysia menyertai FGD tersebut. Mereka dibahagikan kepada 4 kelompok kecil bersama 2 orang fasilitator dari Indonesia yang bertanyakan beberapa soalan. Semua ahli dikehendaki melontarkan persepsi masing-masing terhadap soalan yang diberi. Pendapat mahasiswa Malaysia dicatat dan kemudiannya dirumuskan dalam bentuk kata kunci.

Setelah FGD usai, acara dilanjutkan dengan jamuan snek petang dan penyampaian cenderamata kepada Kelab UMNO Yogyakarta daripada Bulaksumur Pos. Acara berakhir sekitar 4.30 petang dengan sessi fotografi bersama.

0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP