Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Malam Gala Kebudayaan Malaysia-Indonesia 2008

Rabu, 13 Mei 2009

"Harmoni Ragam Budaya"; begitulah tema Malam Gala kebudayaan Indonesia-Malaysia yang diadakan pada 31 Mei 2008.

Juruacara pada malam tersebut ialah Saudara Imran Azwan, Saudari Farhana Joni, dr. Ambarsari dan dr. Atur.

Pentas malam tersebut dibuka dengan dendangan pantun oleh pengacara-pengacara dari Malaysia. Pengacara-pengacara kemudiannya memperkenalkan diri masing-masing. Selanjutnya, lagu kebangsaan kedua-dua negara dinyanyikan.

Presiden Kelab UMNO Jogjakarta dan Ketua Solidaritas Angkatan 2002 kemudiannya menyampaikan ucaptama bersama – sama. Setelah itu, Bapak Iwan Dwiprahasto (Timbalan Dekan Fakultas Kedokteran) menyampaikan kata alu-aluan. Setelah itu, wakil dari Pemerintah Jogjakarta, Pegawai MARA di KEDUBES Malaysia, dan Bapak Iwan Dwiprahasto (Timbalan Dekan Fakultas Kedokteran) merasmikan acara.

Pemirsa pada malam tersebut dengan dengan tarian Melayu, Tarian Cina, Tarian India. Tarian-tarian Jawa, Tarian Kalimantan, Persembahan Bocah-Bocah Dolanan dan Peragaan busana batik.

Di kemuncak acara, pihak Malaysia mendendangkan lagu Jeling-Jeling Pandang-Pandang dan Zapin Usik-Mengusik. Penyanyi dari Indonesia pula menjamu halwa telinga penonton dengan lagu Merah Putih.

Sebagai penutup, pengacara majlis memberi sepatah ucapan dan malam tersebut diakhiri dengan lagu "Save The World" oleh 4 orang penyanyi tersebut yang penuh sarat dengan makna kemanusiaan. Semua penonton dan AJK menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.


Pengacara Majlis

Saudara Imran, Saudari Farhana, dr. Ambarsari dan dr. Atur.






Seusai Acara
 Penari-penari dan pengunjung bergambar selepas persembahan







Wajah hadirin
Sebahagian daripada ratusan hadirin yang turut memeriahkan acara







Nirmala

Pembukaan Tarian Melayu




0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP