Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Seminar Pembangunan Sahsiah dan Karnival Sukan Pelajar -Pelajar Malaysia di Indonesia 2008

Rabu, 13 Mei 2009

Pada 14/11-16/11/2008, Seminar Pembangunan Sahsiah dan Karnival Sukan Pelajar -Pelajar Malaysia di Indonesia telah diadakan. Yogyakarta menjadi tuan rumah pada kali ini. Kelab UMNO dan PKPMI Jogja telah bekerjasama merealisasikan acara gilang-gemilang ini.

Acara mega ini telah dihadiri oleh pelbagai kontigen dan wakil kepimpinan dari pelajar - pelajar Malaysia di seluruh pelosok Indonesia. Dari Sumatera Utara hingglah Maluku Timur.

Acara dibahagikan kepada 2 bahagian - Seminar dan Karnival Sukan.

Pada malam hari kedua, peserta dan pengurusan Seminar Pembangunan Sahsiah dan Karnival Sukan Pelajar -Pelajar Malaysia di Indonesia makan malam bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 1, Datuk Ir. Hj. Idris bin Harun yang turut hadir menutup acara tersebut.

p/s:
Maaf kerana gambarnya kurang.



Peserta Seminar Hari Pertama.



VIP Dari Kiri
Pengarah JPMI, Dr. Junaidi;
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I, Datuk Ir. Hj. Idris bin Harun bersama isteri.


saudara Imran, saudari Farhana Joni, Tuan Dr. Junaidi, Saudara Jas, dan saudara Fitri Fareez
ketika upacara penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah.

0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP