Sekapur Sirih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Segala puji dirafakkan kepada Allah, kerana dengan limpah karunianya dapatlah Kelab UMNO Yogyakarta melancarkan semula laman blog kami. Diharapkan dengan wujudnya laman ini, pengunjung dapat menyeluruhi perjalanan Kelab kami untuk masa-masa yang mendatang. Semoga usaha ini membuahkan kebaikan kepada semua.

Kepada ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Yogyakarta, khususnya, dan semua pengunjung yang bertandang ke laman kami, amnya, gunakanlah laman ini semaksimal dan sebaik mungkin. Sekiranya anda mempunyai sebarang kritik dan saran, bolehlah diajukan terus kepada pentadbir laman ini.

Makam Malam Kelab UMNO Yogyakarta.

Rabu, 13 Mei 2009

Pada 14 Jun 2008, Kelab UMNO Yogyakarta ada menganjurkan Dinner Kelab UMNO Yogjakarta.

Pengarah Projek Makan Malam tersebut ialah saudara Hafiz Hashim dan dibantu oleh saudara Hafiezulniezam.

Pengacara pada malam tersebut ialah saudara Imran, saudari Hemalemarie, saudari Farhana Joni dan saudari Anastasia. Saudara Nasrul dan Saudari Alia menguruskan bahagian promosi dan protokol, manakali saudari Iiffa menyelia bahagian hadiah. Saudara Marzouki dan Saudara Zulfadhli menguruskan transportasi dan cenderahati.

Acara pada malam tersebut dibuka dengan mukaddimah pengacara majlis dan bacaan doa. Setelah ucapan Pengarah Projek, hadirin dijemput makan. Sambil menjamu selera, hadirin dihidangkan dengan persembahan band, nyanyian dan sajak. Cabutan bertuah diselang-selikan dengan upacara penyampaian anugerah Cemerlang Akademik. Anugerah King and Queen of The Night juga diberikan.

Acara malam tersebut ditutup dengan doa.


Masters of Ceremony



Manajer MAS Jogjakarta dan Pemenang Cabutan Bertuah




Hafiz Hashim (ketua Kelab UMNO) memberi anugerah.


0 comments:

About This Blog

Aktiviti Yang Akan Datang

-

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP